Tag: Fasa 1 sekatan pergerakan
Gelagat Penghuni Bilik Kuarantin Wajib di Hotel #Covid19
Gelagat penghuni bilik merehatkan diri semasa menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 30 JUN 2021.
Fasa 1 Sekatan Pergerakan – Nasib Gelandangan
Gelandangan duduk berehat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bantuan Kewangan Khas Covid-19 untuk golongan miskin tegar, B40 dan M40 dan Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500 yang akan disalur pada Oktober ini kepada para pekerja yang hilang pendapatan susulan pelaksaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 di sekitar Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 29 JUN 2021.
Pengembala Kambing Ketika Fasa Pertama Kawalan Pergerakan #PPN
Penternak, Muhammad Sarifudin Ibrahim, 29, membersihkan kawasan kandang kambing perliharaannya pada Fasa Satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 29 JUN 2021.
Gelagat Pembeli, Peniaga Kedai Makan Selepas Operasi Dilanjutkan
Orang ramai membeli makanan di premis makanan sekitar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette selepas kerajaan membenarkan kedai makan dan restoran beroperasi dari jam 6 pagi sehingga jam 10 malam pada hari pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 di sekitar Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 28 JUN 2021.