Tag: Fasa dua PPN
Kuala Lumpur ‘Hidup’ Semula Selepas Jam 10 Malam #FasaDua
Orang ramai memenuhi kawasan deretan gerai makan yang kini dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam berbanding jam 10 malam sebelum ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 23 SEPTEMBER 2021.
Pengguna LRT Tetap Patuh SOP Ketika Waktu Kemuncak #FasaDua
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di sekitar laluan Sentul Timur ke Ampang dipenuhi orang ramai pada waktu kemuncak dengan mematuhi SOP Fasa Dua PPN ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di LRT Kuala Lumpur. Foto FARHAN MAHAMAD, 22 SEPTEMBER 2021.
Suasana Pasar Sungai Besi Dalam Tempoh Fasa Dua PPN
Orang awam membeli ayam segar dalam tempoh pelaksanaan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 21 SEPTEMBER 2021.
Fasa Dua PPN – Aktiviti Gimnasium
Pengunjung tidak melepaskan peluang melakukan senaman berikutan kerajaan membenarkan aktiviti tersebut kembali beroperasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Gimnasium Enrich Fitness, Seri Kembangan, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 18 SEPTEMBER 2021.
Solat Jumaat di Masjid Negara #FasaDua
Orang ramai menunaikan solat Jumaat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) selepas kerajaan membenarkan hanya 500 jemaah sahaja dalam tempoh Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 SEPTEMBER 2021
Polis Pantau Pematuhan SOP Orang Ramai Pada Waktu Malam #FasaDuaPPN
Anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju memeriksa Mysejahtera peniaga dan meminta untuk bersurai ketika operasi pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersempena Cuti Umum sambutan Hari Malaysia di sekitar Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 SEPTEMBER 2021.
Taman Tasik Titiwangsa Kembali Jadi Tumpuan Warga Kota #FasaDua
Orang ramai tidak melepaskan peluang beriadah bersama keluarga pada cuti hujung minggu selepas kerajaan membenarkan aktiviti tersebut sejurus beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto FARHAN MAHAMAD, 12 SEPTEMBER 2021.
Fasa Dua PPN – Kedai Bunga
Pelanggan memilih jenis pokok di kedai bunga selepas kerajaan membenarkan perniagaan kedai bunga atau nursery beroperasi bermula hari ini sempena hari pertama peralihan fasa ke 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Melati Evergreen Enterprise, Setapak, Kuala Lumpur. Foto SAYFIQ AMBAK, 10 SEPTEMBER 2021.