Tag: Frontliners
Petrol Percuma Untuk Penunggang P-hailing #MySetiawangsa
Presiden MySetiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal mengisikan minyak kepada penunggang motosikal pada Program Pemberian Petrol Percuma 4.0 Khas Untuk Motor P-Hailing dan Frontliner di Petron Sri Rampai, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 16 APRIL 2022.
MySetiawangsa beri petrol percuma kepada penunggang p-hailing
Mohd Irwan berkata, pihaknya juga berhasrat untuk mengadakan pemberian petrol percuma kali kelima dalam masa terdekat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Air Mata Iringi Pengebumian Jenazah Pesakit Covid-19 #Omicron
Petugas Kesihatan mengendalikan seorang jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan berikutan kes harian di Malaysia semakin meningkat dengan gelombang varian Omicron ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2022.
Kes Naik Mendadak, Orang Ramai Beratur Buat ‘Swab Test’ #Omicron
Orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian saringan susulan kenaikan mendadak jumlah kes positif Covid-19 sejak beberapa hari yang lalu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 FEBRUARI 2022.
Institut Jantung Negara #DailyLife
Jururawat merenung ke luar tingkap ketika pengamal media berkumpul bagi menunggu perkembangan terkini mengenai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 25 JANUARI 2022.
Petugas Kesihatan dan Mayat Covid-19
Dua petugas kesihatan mengendalikan jenazah pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di salah sebuah hospital di Lembah Klang. Foto HAZROL ZAINAL, 18 NOVEMBER 2021.
Dos Penggalak Untuk ‘Frontliners’ KPJ Tawakkal
Kakitangan KPJ Tawakkal menerima suntikan dos penggalak secara sukarela dan percuma menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 OKTOBER 2021.
Jalani Saringan Covid-19 Sebelum Pulang ke Kampung
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan orang ramai yang mahu pulang ke kampung digalakkan melakukan ujian saringan termasuk secara Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) atau Rapid Test Kit (RTK) Antigen dan secara kendiri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Ajwa, Shah Alam, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 12 OKTOBER 2021.
PPV WTCKL Labuh Tirai Selepas 150 Hari Beroperasi
Kerja-kerja pembersihan giat dijalankan berikutan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang ditutup hari ini selepas berjaya merekodkan lebih 1.2 juta dos vaksin diberikan sepanjang 150 hari beroperasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 OKTOBER 2021.
Petugas Kemas Barang, PPV Stadium Bukit Jalil Tamat Operasi
Petugas mula mengemas barangan berikutan hari terakhir Pusat Pemberian Vaksin Stadium Nasional Bukit Jalil yang tamat beroperasi hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazatte di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 01 OKTOBER 2021.