Tag: GST
Defisit fiskal disemak semula kepada 3.7% pada 2018
Kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM21 bilion apabila membatalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Kerajaan bayar balik cukai RM37b
Kerajaan memutuskan untuk menyelesaikan keseluruhan tunggakan bayaran balik cukai yang dianggarkan sebanyak RM37 bilion iaitu RM18 bilion untuk cukai pendapatan dan RM19 bilion untuk GST.
Bajet alternatif: BN kembalikan GST kadar 3 peratus
KJ berkata, BN akan meneruskan kembali projek ECRL dan Projek HSR.
Empat juta pemegang polisi insurans terima kesan SST
Kira-kira empat juta pemegang polisi insurans am yang memperbaharui atau membeli polisi mereka semasa tempoh percutian GST akan terjejas oleh rejim Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
Najib beri kerjasama, selepas ini PAC panggil Guan Eng pula
“Selepas menyoal saksi terakhir iaitu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kita berharap dapat menutup kes ini dan mengemukakan hasilnya kepada Parlimen. Bagaimanapun kita belum dapat tarikh daripada beliau lagi ketika ini,”
Prosiding kehilangan dana bayaran balik GST dijangka selesai Disember ini
Pengerusi PAC, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pihaknya akan memanggil Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 30 Oktober ini.
Najib, Irwan dipanggil PAC minggu depan
Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar akan dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada minggu depan.
Dulu kata mansuh GST turun harga barang, sekarang apa jadi?
“Sebelum PRU14, beribu-ribu orang keluar ke jalan raya, beratus ceramah dan propaganda yang kata mansuhkan GST dan pulang kepada cukai SST akan turunkan harga barang," kata Najib.
Hasil negara berkurangan RM21b tahun ini
Bagaimanapun, pengurangan kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tersebut akan diimbangi tambahan hasil berkaitan petroleum yang dijangka berjumlah RM5.4 bilion.
Ekonomi negara di ambang bahaya
GST dimansuhkan tetapi SST yang mudah disalah guna dilaksanakan semula tanpa sebarang petunjuk bagaimana peraturan akan dikuatkuasakan ke atas individu yang melarikan diri dari cukai atau tidak mematuhi arahan pembayaran, selain rayuan Kementerian Kewangan untuk semua pemilik perniagaan bersikap jujur dengan kutipan cukai itu.