Tag: HARI RAYA AIDILFITRI
Pasaraya Sesak Dengan Pengunjung pada Hari Raya Aidilfitri
Keadaan di kawasan tempat letak kereta kelihatan sesak ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette hari ke empat cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah pasaraya di Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 27 MEI 2020
Plaza Tol Sungai Besi Sesak Dengan Kenderaan #HariRayake4
Anggota trafik melakukan pemeriksaan ke atas pemandu pada Ops Lancar di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 27 MEI 2020.
Pusat Beli Belah ‘Pavilion’, Jalan Pudu Sesak Dengan Pengunjung ketika Hari...
Orang ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya Aidilfitri mengambil kesempatan bersiar-siar semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 25 MEI 2020.
PEMUDA ‘RB The Bragas’ Berhari Raya Guna Pakaian Beruniform Frontliner
Kumpulan RB The Bragas mengenakan pakaian petugas-petugas barisan hadapan bergambar sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka mencegah penularan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Delek, Klang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 25 MEI 2020.
Plaza Tol Jalan Duta Sesak Dengan Kenderaan
Anggota PDRM bersama anggota ATM menjalankan penugasan Sekatan Jalan Raya (SJR) pada hari ketiga Aidilifitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 26 MEI 2020.
Notis “Tidak Terima Tetamu” Beraya
Penduduk, Nooriza Ariffin meletakkan notis “tidak menerima tetamu” bagi sambutan Aidilfitri hari kedua selepas kerajaan memberi kelonggaran itu hanya pada hari pertama sambutan Aidilfitri dengan syarat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) susulan wabak COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Lembah Keramat, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 25 MEI 2020.
Aktiviti Riadah pada Hari Raya Aidilfitri #RayaKL
Sebahagian pelancong asing mengambil peluang beriadah sempena hari kedua Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 25 MEI 2020.
Lemang Pak Ali Kena Serbu Pengunjung
Kelihatan orang ramai tidak melepaskan peluang membeli lemang sempena hari pertama raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pak Ali Lemang Asli, Ulu Klang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 24 MEI 2020
Dataran Merdeka, Dataran Shah Alam Jadi Tumpuan Pengunjung Rakam Kenangan
Penjawat Awam, Mohd Rizan Jainulla tidak melepaskan peluang berselfie bersama rakan-rakannya pada hari pertama Raya Aidilfitri kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Dataran Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 24 MEI 2020
Tetap Ceria dan Sambut Hari Raya Aidilfitri Ketika PKPB
Mohd Rafi Mohd Zakaria bersama ibu, Saadah Roslan serta keluarganya membuat panggilan video dengan salah seorang ahli keluarganya yang tidak dapat pulang beraya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Delek, Klang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 24 MEI 2020.