Sunday, February 23, 2025
Home Tag HARI RAYA AIDILFITRI

Tag: HARI RAYA AIDILFITRI

Gelagat Kanak-Kanak Tetap Ceria Sambut Aidilfitri Ketika PKP

Kanak-kanak bermain bunga api bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga pada malam tujuh likur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kampung Jalan Kebun, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 12 MEI 2021.

Rai Tradisi Hari Raya Aidilfitri #MalamRaya2021

Penduduk, Fadzlie Mohamad bermain bunga api berus periuk bagi meriahkan suasana Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2021.

Persediaan SOP Ketat Jemaah Masjid #PKP

AJK masjid, Ramli Yassin melakukan sanitasi sebagai persediaan untuk para jemaah melakukan Solat Sunat Aidilfitri selepas dibenarkan pihak MKN dengan kapasiti yang ditetapkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Kampong Baru, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.

Warga Kota Berpusu-Pusu, Persiapan Saat Akhir Menjelang Aidilfitri

Antara barang persiapan Hari Raya Aidilfitri yang dibeli oleh orang awam pada saat akhir semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika di pasaraya ST Rosyam Mart, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 MEI 2021.

LENSA MG | Keunikan Lemang Kelongsong ‘Periuk Kera Orang Asli’

Pengusaha, Noor Ashraf Mashal Khan memasukkan beras pulut susu ke dalam periuk kera yang telah dibersihkan di Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2021.

Tempahan Ketupat Raya #Aidilfitri2021

Peniaga, Hasila Shaari, 48 meluangkan masa dengan menganyam ketupat palas untuk dijual sempena persediaan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Besar Jalan Meru, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 10 MEI 2021.

24 jam Sekatan Jalan Raya Perintah Kawalan Pergerakan 3.0

Sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melibatkan 6 daerah Selangor di Lebuhraya Perseketuan, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 09 MEI 2021.

Sembilan SJR di daerah Timur Laut, Barat Daya P.Pinang

Tiada pemeriksaan dari rumah ke rumah akan dilakukan sebaliknya kita akan bertindak atas maklumat orang awam. - Asisten Komisioner Soffian Santong.

‘Lemang Daun Lerek’ Juadah Tradisi Musim Perayaan Aidilfitri

Pekerja Lemang Daun Lerek memasukkan lemang yang selesai dimasak kedalam troli untuk eijual kepada orang ramai sempena sambutan Aidlifitri yang bakal menjelang tidak lama lagi di Greenwood, Gombak, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2021.

Rezeki Tukang Gunting Rambut di Kawasan PKP #HariRayaAidilfitri

Pengunjung mengambil peluang menggunting rambut sebagai persiapan bagi sambutan hari raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kajang, Selangor. Foto SYAFIQ AMNBAK, 08 MEI 2021.