Tag: Inflasi
IHP Jun naik 1.5%
Pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada kadar sifar pada 1 Jun 2018 yang lalu telah mendorong kepada kenaikan beberapa indeks kumpulan utama antaranya hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah (+3.1 peratus), perkhidmatan rekreasi & kebudayaan (+2.7 peratus), makanan & minuman bukan alkohol (+2.3 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain (+2.3 peratus).
Kadar inflasi bulan Jun diunjur naik
Kadar inflasi merosot kepada 0.8 peratus pada Jun 2018 selepas pemansuhan GST, daripada 1.8 peratus pada bulan sebelumnya.
OPR 3.00 peratus dikekalkan
Pada kadar semasa OPR, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong kegiatan ekonomi, menurut Bank Pusat itu.
Gaji permulaan siswa lebih teruk berbanding 20 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Gaji permulaan untuk siswa yang baru melangkah masuk ke alam pekerjaan pada masa ini tidak banyak berbeza dengan kadar 20 tahun...
Inflasi diunjur kekal 1% tahun ini
AmBank Research berkata, inflasi teras yang dibaca pada 0.2 peratus tahun ke tahun pada April, tidak berubah sejak Mac, namun tidak memenuhi unjuran pasaran sebanyak 0.4 peratus.
Inflasi lemah, OPR dijangka turun
Ketua Ekonomi AmBank Research, Dr Anthony Dass berkata, terdapat ruang mencukupi untuk bank pusat itu mengambil langkah mengurangkan kadar kerana data makro utama juga memberi petunjuk penyederhanaan ekonomi di atas tekanan inflasi yang rendah.
Inflasi utama diunjur meningkat 2.7% tahun depan
Inflasi utama di Malaysia pada 2019 diunjurkan meningkat kepada 2.7 peratus, sebahagian besar didorong oleh tekanan tambahan susulan peralihan kepada subsidi bahan api bersasar, kesan limpahan berterusan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan kesan asas yang rendah semasa tempoh cukai sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan.
Inflasi 2019 diunjur meningkat
Selain itu, menurut Tinjauan Ekonomi 2019, prospek pertumbuhan kadar inflasi juga bergantung kepada ketidaktentuan harga minyak global, ketegangan geopolitik, perang perdagangan dan perubahan kadar mata wang asing.
Inflasi September naik
Indeks Harga Pengguna (IHP) September meningkat 0.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, satu peningkatan kecil berbanding bulan lepas apabila mencatatkan paras terendah dalam tempoh tiga setengah tahun.
Inflasi kekal rendah
Dalam hal ini, kadar inflasi dijangka kekal rendah, dengan purata antara 2% hingga 3% setahun, walaupun harga minyak dan komoditi dijangka meningkat secara sederhana, menurut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11.