Wednesday, November 27, 2024
Home Tag Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Tag: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Ayob Khan di Sambutan Hari Raya Aidilfitri JSJN

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan kebolehan menebar roti canai pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Dewan Pengaman (PULAPOL), Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 21 MEI 2022.

PDRM Berjaya Tumpaskan Sindiket Dadah Bernilai RM10.3juta

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan barang rampasan pada sidang media mengenai kejayaan rampasan dadah syabu yang bernilai RM10.3 juta di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 25 APRIL 2022.

PDRM Berjaya Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Bernilai RM3.3juta

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) menunjukkan dadah jenis ganja seberat 1.33 tan dengan anggaran nilai RM 3.33 juta yang berjaya dirampas pihak polis pada sidang media mengenai kejayaan menumpaskan sindiket pengedaran dadah tersebut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam. Foto HAZROL ZAINAL, 27 MAC 2022.

JSJN Bukit Aman Rampas Dadah Bernilai Lebih RM10 Juta “Op Tapis...

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan rampasan dadah jenis syabu dalam satu 'Op Tapis Khas Siri 2' ketika di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2022.

Sidang Media JSJN Selangor Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Ahmad Jefferi Abdullah menunjukkan dadah dan barangan membuat dadah yang dirampas selepas kejayaan polis dalam menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam. Foto AMIRUL SHAUFIQ 18 FEBRUARI 2022.

PDRM Rampas Dadah Bernilai RM5.08j

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman menunjukkan barang rampasan dadah bernilai RM5.08 juta selepas sidang media mengenai kejayaan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi oleh warganegara asing dan tempatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 JANUARI 2022.

PDRM Tumpaskan Aktiviti Penyeludupan dan Pengedaran Dadah Syabu

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain menunjukkan barang rampasan selepas sidang media mengenai kejayaan merampas 285.47 kg dadah syabu yang dianggarkan bernilai RM 10.271 juta sekitar Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 DISEMBER 2021.

JSJN Bukit Aman Tumpaskan Sindiket Proses dan Edar Dadah Bernilai RM8.09j

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain menunjukkan rampasan pelbagai jenis dadah yang dianggarkan berjumlah RM8.09 juta menerusi enam serbuan berasingan ketika di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 29 NOVEMBER 2021.

Kontinjen Polis KL Tumpaskan Dua Sindiket Pengedaran Dadah

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Datuk Yahaya Othman menunjukkan antara barang rampasan hasil menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 18 NOVEMBER 2021.

PDRM Tumpaskan Sindiket Seludup dan Edar Dadah Pasaran Antarabangsa

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan), DCP Datuk Abdul Aziz Abdul Majid menunjukkan barang rampasan yang berjaya ditumpaskan pihak polis dalam sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa pada sidang media di IPD Kajang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 OKTOBER 2021.