Friday, September 27, 2024
Home Tag Jalan tutup

Tag: jalan tutup

Perarakan Chingay 2022 dibenarkan dalam skala kecil

Tambah beliau, sepanjang tempoh empat hari perayaan itu, beberapa jalan utama di bandar raya ini juga akan ditutup.

Laluan Utama di Kuala Lumpur Ditutup dan Dilencongkan

Anggota polis membuat sekatan dan melencongkan beberapa jalan utama di ibu negara susulan penganjuran perhimpunan TangkapAzamBaki yang dijadual berlangsung hari ini di sekitar Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 JANUARI 2022.

2 jalan di Segamat ditutup

JOHOR BAHRU - Jalan Jabi Kampung Bukit Tempurong dan Jalan Bangas di Segamat ditutup kepada semua jenis kenderaan susulan paras air naik kira-kira 0.5 hingga 0.6 meter. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri berkata, Jalan Jabi Kampung Bukit Tempurong ditutup pada 10 pagi Sabtu, membabitkan keluasan kawasan kira-kira 1,000 meter dan kedalaman air 0.5 meter. "Jalan Bangas ditutup pada jam 10 pagi pada Sabtu selepas air naik 0.6 meter melibatkan kawasan kira-kira 100 meter. Orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif, Jalan Kuala Paya Balai Badang. "Berdasarkan maklumat, antara faktor menyumbang kepada laluan dinaiki air ialah hujan berterusan. Justeru kedua-dua jalan terpaksa ditutup bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya dalam kenyataan media hari ini. Menurut Solihan, papan tanda amaran banjir dan jalan ditutup diletakkan di lokasi laluan yang ditutup dan pemantauan berterusan akan dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dan daerah Segamat. Pengguna jalan raya diingatkan sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan patuh arahan pihak berkuasa. Berhati-hati di jalan raya dan jaga keselamatan masing-masing," katanya.-MalaysiaGazette

Laluan di ibu negara dibuka semula selepas enam jam ditutup

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh ketika dihubungi memaklumkan semua laluan berkenaan yang dilencongkan sejak jam 9 pagi tadi dibuka semula kepada pengguna jalan raya bermula 2.50 petang.

PDRM Sekat dan Kawal Laluan Menghala Dataran Merdeka

Anggota Polis mengawal setiap jalan berhampiran Dataran Merdeka berikutan bagi mengelakkan segelintir orang awam berhimpun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 21 OGOS 2021.

Sempadan Jalan Ditutup, Kampung Bukit Cherakah Jaya Mukim Bukit Raja Dikepung

Orang awam terpaksa berpatah semula berikutan penambahan penutupan jalan bagi Daerah Klang Utara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dipertketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Paip menghala ke Jalan Bukit Cerakah, Meru. Foto MOHD ADZLAN, 03 JULAI 2021.

Thaipusam: Jalan di Gombak ditutup hari ini hingga awal pagi 29...

Laluan terbabit adalah susur ke Kuil Batu Caves dari arah Bulatan Batu Caves, susur MRR2 ke Jalan Perusahaan Batu Caves, simpang Jalan Perusahaan ke Bulatan Batu Caves, jalan ke tempat mandian utama, Sungai Batu Caves.

POLIS, ATM Tutup Sempadan Jalan Menghubungkan PJ dan KL

Anggota Polis dan anggota Angkatan Tentera Malaysia berkawal di sempadan jalan menghubungkan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur yang ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Jalan 5/46 Gasing Indah, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 28 MAC 2020

Laluan Jabor, Kijal ditutup untuk De’ Perasing Ride@LPT2

Laluan Jabor dan Kijal di antara KM250 dan KM305.9 yang meliputi sebahagian daripada Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan ditutup sementara pada Sabtu ini.

Penduduk mohon kerajaan negeri bincang penutupan Jalan Pulau Nibong-Taman Akasia

Penduduk kampung di kawasan Jalan Kampung Pulau Nibong-Taman Akasia yang telah ditutup sebelum ini memohon pihak kerajaan negeri dan wakil rakyat supaya duduk semeja berbincang menyelesaikan isu penutupan tersebut.