Tag: kekecewaan
PH, selagi ada sisa masa jadilah kerajaan yang peka
Itu Kimanis. Johor tempat UMNO dilahirkan juga tidak terkecuali daripada polemik politik yang membimbangkan. Di Sembrong, billboard ucapan Selamat Tahun Baru saya dirobohkan. Baru-baru ini pula berlaku pertukaran portfolio Exco Kerajaan Negeri Johor. Kalau diikutkan, ini kali ketiga berlaku perubahan besar dalam struktur kepimpinan Kerajaan Negeri Johor selepas pertukaran Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri tahun lalu. Kalaulah Onn Jaafar yang juga mantan Menteri Besar Johor masih hidup, saya percaya beliaulah paling sedih dan kecewa melihat kecelaruan dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Johor hari ini.