Tag: kementerian dalam negeri
Hamzah Zainudin Hadir Majlis Apresiasi JKPS
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bergambar bersama penerima sijil Apresiasi JKPS selepas hadir ke Majlis Apresiasi Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 (JKPS) di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri. Foto MOHD ADZLAN, 28 JUN 2022.
Imigresen Berjaya Tumpaskan Kegiatan Sindiket Rekalibrasi Tenaga Kerja
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menunjukkan pasport yang dirampas selepas berjaya menumpaskan kegiatan sindiket Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) yang berselindung disebalik agensi pekerjaan haram yang didalangi oleh seorang lelaki warganegara Bangladesh ketika di Jabatan Imigresen Malaysia, Kompleks Kerajaan Parcel D, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 JUN 2022.
PDRM Berjaya Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Bernilai RM1.4juta
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Ahmad Jefferi Abdullah menunjukkan dadah yang dirampas polis selepas kejayaan dalam menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 30 MEI 2022.
Operasi Imigresen Gempur, Cekup Warga Asing di Klang
Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan anggota Jabatan Imigresen Malaysia dibawa menaiki trak dalam satu operasi Penguatkuasaan Imigresen bersama Menteri Dalam Negeri di Pasar Bukit Raja, Klang, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 27 MEI 2022.
Penagih dadah bertambah 123,139 tahun lalu
Daripada jumlah itu, 80,24 orang, (65 peratus) dipulihkan oleh AADK manakala 73,113 orang (91 peratus) mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti dan baki 7,113 orang (9 peratus) menghadiri Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi.
Perdana Menteri Hadir Sambutan Hari Raya Aidilfitri KDN
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 18 MEI 2022.
MGNews: Kes Rusuhan Depoh Relau: 62 Tahanan Etnik Rohingya Masih Bebas...
MGNews: Kes Rusuhan Depoh Relau: 62 Tahanan Etnik Rohingya Masih Bebas - Hamzah
Hamzah Zainudin di Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Ramadan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin melancarkan edisi terkini Mushaf Al-Quran KDN pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Pusat Persidangan Movenpick, Sepang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2022.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen Malaysia
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said (dua kanan) bersama Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud (tiga kanan) beramah mesra dengan sebahagian penerima anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 Jabatan Imigresen Malaysia di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 20 APRIL 2022.
Majlis Perbarisan dan Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah KDNKA (PGA)
Timbalan Pengarah KNDKA (PGA), YDH CP Datuk Muhammad Abdul Halim hadir pada Majlis Pembarisan dan Serah Terima Tugas Komander Bridge di Padang Kawad Briged Tengah PGA, Cheras. Foto MUHD NA'IM, 11 APRIL 2022.