Tag: kementerian pertahanan
Aktiviti Penduduk Jalan Kubur Ketika PKPD
Suasana penduduk semasa berada di persekitaran rumah yang telah dipasang kawat berduri berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa 26 Jun hingga 9 Julai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Jalan Kubur, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 JUN 2021.
Suasana Hari Pertama PKPD di Kg. Segambut Dalam
Seorang penduduk membuang sampah dihadapan rumahnya yang dipasang kawat berduri bagi mengawal laluan keluar masuk berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa 26 Jun hingga 9 Julai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kampung Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 26 JUN 2021.
Penghuni Kampung Segambut Dalam Terpaku Dikenakan PKPD
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja pemasangan kawat berduri bagi mengawal laluan keluar masuk berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa 26 Jun hingga 9 Julai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kampung Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 26 JUN 2021.
Bekas Pengaman PBB dan Keluarga Berteduh di Rumah Transit
Anak-anak pesara tentera, Suria Mohamad membuat persiapan di kediaman sementara sebelum dipindahkan ke rumah tetap mereka di Flat Sri Johor, Cheras, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 19 JUN 2021.
Suasana PKPD di Kampung Batu Muda Tambahan
Seorang penduduk melintasi kawat berduri selepas mengambil makanan yang dipesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Batu Muda Tambahan, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK 23 MEI 2021.
Perbarisan Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia ke-87 #TLDM
Pengarah Kanan Perancangan dan Pembangunan, Laksamana Pertama Fadhil Abdul Rahman (dua kiri) melakukan pemeriksaan barisan pada Perbarisan Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia Ke-87 Peringkat Markas Tentera Laut di Kapal Diraja (KD) Sri Gombak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 27 APRIL 2021.
Ismail Sabri Pamer TARANTULA Kereta Perisai Mobiliti Tinggi 4×4 Pertama Malaysia
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bergambar menaiki Tarantula pada Majlis Penamaan Kereta Perisai Mobiliti Tinggi 4x4 Pertama Malaysia di Wisma Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 02 APRIL 2021.
Ismail Sabri Hadir Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pertahanan
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama penerima anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang Kementerian Pertahanan Tahun 2021 di Hotel Intercontinetal, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 01 APRIL 2021.
Ismail Sabri Lawat Pameran Ketenteraan di UPNM
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) mencuba senjata api sniper pada lawatan kerja di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
Lagi pertuduhan rasuah terhadap dua pegawai kanan ATM
Dua tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini ialah Kolonel Che Ahmad Idris dan Brig Jen Mohammed Feizol Anuar Ayob berkaitan membantu FEHM Intity Sdn Bhd.