Tag: Khilaf
Pendakwaan terkhilaf dalam merumuskan sumbangan kepada Yayasan Akalbudi hasil kegiatan haram...
Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata, pengurup wang Omar Ali Abdullah yang merupakan saksi ke-81 pendakwaan tidak melakukan sebarang kesalahan berkaitan perbankan dalam menukarkan wang tunai berjumlah RM5 juta kepada beberapa keping cek sebelum menyerahkannya kepada akaun firma undang-undang Tetuan Lewis & Co.
Ahmad Faizal akui khilaf, mohon maaf isu Liga Super
"Ia merupakan satu kekhilafan atau sesuatu yang kurang cerdiknya saya mengeluarkan kenyataan itu...Jadi saya nak mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia juga di atas kesilapan itu. Alhamdulillah saya belajar daripada kesilapan itu, yang dilakukan sebelum saya masuk pejabat," katanya.
Pecat Zakaria, SPRM akui ada kekhilafan
"Justeru, SPRM akan menghantar surat pemakluman ini kepada pengerusi lembaga tatatertib PKR untuk diperjelaskan kekhilafan ini agar tidak timbul salah faham pada masa akan datang," kata Azam.
Mukhriz mohon ampun kepada Sultan Johor
Kerajaan Negeri Kedah dalam satu kenyataan menyebut Mukhriz terkhilaf kerana tidak bersalaman dengan baginda di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang semalam.