Tag: KL2017
Pembukaan KL2017 Bangkit Bersama gilang-gemilang
Kemuncak upacara pembukaan rasmi KL2017 apabila obor temasya dinyalakan oleh atlet terjun, Nur Dhabitah Sabri bagi menandakan bermulanya kejohanan itu sehingga 30 Ogos ini.
KL2017: Nauraj baca ikrar, pembawa obor kekal rahsia
Nauraj merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar dan 2015 di Singapura.
KL2017: Anak jati Marang mahu mengharumkan nama Malaysia
Azim berkata beliau akan beraksi dalam lima daripada enam acara gimnastik artistik lelaki pada temasya ini.
KL2017: Basikal hadiah ibu taruhan pelumba BMX negara
Noor Quraataina berkata kelebihan selaku penunggang tuan rumah diyakini mampu memberi kelebihan kepada beliau dan rakan pelumba lain dalam skuad BMX kebangsaan kerana sudah lama berlatih di trek yang sama akan digunakan untuk pertandingan nanti.
Skuad memanah recurve mampu raih 2 pingat emas
Lima pingat emas menjadi taruhan dalam acara recurve iaitu acara individu lelaki dan wanita, berpasukan lelaki dan wanita serta berpasukan campuran.
Malaysia raih emas acara memanah compound berpasukan campuran
Terdahulu di saingan suku akhir, pemanah Malaysia mengalahkan Singapura (Ang Han Teng dan Madeleine Ong Xue Li) 155-149 untuk melangkah ke pusingan separuh akhir dan seterusnya mengatasi Vietnam (Chau Kieu Oanh dan Tien Cuong Nguyen), 154-152.
Malaysia mendahului dengan 4 pingat emas
Mohd Juwaidi yang terlepas pingat emas dengan hanya satu mata semalam, berkata pasukannya merasa sedikit gementar dalam suasana tegang semasa pertandingan di arena Padang Sintetik, Bukit Jalil.
Upacara pembukaan KL2017 dijangka hujan
Sempena temasya sukan dwitahunan itu, MET Malaysia turut mengeluarkan jadual ramalan cuaca setiap tiga hari mulai 17, 18 dan 19 Ogos, dan boleh didapati di laman sesawang MET Malaysia www.met.gov.my.
Pengangkutan awam mencukupi pada pembukaan KL2017
"Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam kerana dijangka 87,000 pengunjung bakal bersama-sama menyertai majlis pembukaan di Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya semasa menghadiri program FitMalaysia Kuala Lumpur dan Larian Obor KL2017 di Bandar Sukan Kuala Lumpur hari ini.
KL2017: Jangan ‘boo’ Schooling – Tunku Imran
"Tolong jangan besarkan isu ini. Kita kena faham juga emak dia adalah rakyat Malaysia. Saya tidak merasakan dia melakukan sesuatu yang bercanggah atau menyakiti sesiapa," kata KJ pula.