Friday, September 27, 2024
Home Tag Lensa MG

Tag: Lensa MG

Perintah Kawalan Pergerakan | LENSA MG di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Orang ramai mengambil kesempatan membeli tiket untuk pulang ke kampung halaman susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2020

Perintah Kawalan Pergerakan | LENSA MG di IPD, Shah Alam

Suasana semasa orang ramai, pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) beratur untuk mendapatkan serta menghantar Borang Kebenaran Rentas Negeri sebelum PDRM menarik semula perintah larangan keluar dari satu negeri ke negeri lain susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika tinjauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 17 MAC 2020

Perintah Kawalan Pergerakan | LENSA MG di Sri Ternak, Seri Kembangan

Kelihatan seorang pengunjung membuat pembelian panik susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula esok akibat penularan wabak Covid-19 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sri Ternak, Seri Kembangan, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 17 MAC 2020

📸 PICTURES OF THE WEEK📸 | LENSA Malaysia Gazette MAC 2020

PICTURES OF THE WEEK | Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melambai tangan kearah media sewaktu meninggalkan pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL

LENSA MG | MH370 Remembering 239 Lives 6 Years Gone

Ahli keluarga mangsa MH370 hadir pada 'MH370 Remembering 239 Lives 6 Years Gone' semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hotel Marriott Putrajaya, Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 07 MAC 2020

LENSA MG | Demonstrasi Membantah Keganasan dan Pembunuhan Komuniti Islam

Beberapa peserta memegang plakad semasa menyertai demonstrasi membantah keganasan dan pembunuhan komuniti Islam di India di hadapan bangunan Wisma HRIH Lotus, Jalan Pahang, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 06 MAC 2020

LENSA MG | Tun Dr Mahathir Mohamad #Malaysia2020

Reaksi Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika hadir pada Persidangan Antarabangsa Palestin "Sokongan Asia Tenggara terhadap hak Rakyat Palestin" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2020.

LENSA MG | MP PAS, BN Naik Bas Beramai-Ramai ke Istana...

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melambai tangan sewaktu menaiki bas menuju ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Bangunan Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 25 FEBRUARI 2020.

LENSA MG | MP BN dan PAS Bekumpul di Menara Dato’...

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hadir pada perjumpaan khas di Bangunan Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 25 FEBRUARI 2020.

LENSA MG | ‘Senyuman’ Wajah-Wajah Ahli Parlimen BN, PAS dan PPBM

Bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan keluar selepas ahli parlimen Barisan Nasional dan PAS mengadakan perjumpaan tertutup di Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 FEBRUARI 2020.