Friday, September 27, 2024
Home Tag Lensa MG

Tag: Lensa MG

LENSA MG | Aksi Latihan Pasukan Indonesia di Stadium Bukit Jalil

Jurulatih sementara pasukan Indonesia, Yeyen Tumena (tengah) ketika sesi latihan rasmi sempena perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 bagi menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 NOVEMBER 2019

LENSA MG | Sidang Media Malaysia vs Indonesia Kelayakan #PialaDunia2022 #PialaAsia2023

Pemain Malaysia, Shahrul Saad (dua kanan) bersalaman bersama pemain Indonesia, Yanto Basna (dua kiri) pada sesi sidang media sempena perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, turut serta Ketua Jurulatih pasukan Malaysia, Tan Cheng Hoe (kanan) dan Jurulatih sementara pasukan Indonesia, Yeyen Tumena (kiri) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 NOVEMBER 2019

LENSA MG | Aksi Latihan Harimau Malaya ‘Persiapan Menentang Indonesia’

Pemain-pemain pasukan Malaysia ketika sesi latihan rasmi sempena perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 bagi menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2019

LENSA MG | Aksi Latihan Harimau Malaya di Stadium KL

Skuad Harimau Malaya semasa sesi latihan bagi menghadapi perlawanan menentang pasukan Indonesia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras,Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 17 NOVEMBER 2019.

LENSA MG | BN Menang Majoriti 15,086 Undi di Tanjung Piai

Calon Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng mengangkat tangan bersama Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid serta barisan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional dan PAS selepas beliau diumum menang bagi Pilihan Raya Kecil P. 165 Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan, Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 16 NOVEMBER 2019.

LENSA MG | Reaksi dan Suasana Hari Mengundi #PRKTanjungPiai

Dua pengundi membuat pilihan undian pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 165 Tanjung Piai di SJK (C) Yu Ming, Pekan Nanas, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 16 NOVEMBER 2019.

LENSA MG | Persiapan Akhir di Pusat Mengundi #PRKTanjungPiai

Seorang petugas SPR, Nurul Mashitah Roslan menyusun penghadang ruang mengundi sewaktu membuat persiapan akhir di Pusat Daerah Mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 165 Tanjung Piai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Kebangsaan Seri Bunian, Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 15 NOVEMBER 2019.

LENSA MG | Peti-Peti Undi Siap Sedia #PRKTanjungPiai

Seorang petugas SPR membuat pemeriksaan terhadap kotak-kotak undi sebelum dibawa ke pusat mengundi sempena persiapan akhir menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 165 Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 15 NOVEMBER 2019

LENSA MG | Himpunan Penyatuan Ummah Muafakat Nasional #PRKTanjungPiai

Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta kepimpinan tertinggi Barisan Nasional dan PAS bergambar sambil mengangkat tangan pada Himpunan Penyatuan Ummah Muafakat Nasional sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kampung Sawah, Pekan Nanas, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 14 NOVEMBER 2019.

LENSA MG | Aksi Penuh Malaysia Menang 2-1 Thailand #PialaDunia2022 #PialaAsia2023

Gelagat Pemain Malaysia, Brendan Gan meraikan selepas menjaringkan gol pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 NOVEMBER 2019