Tag: liga super
Rekod tanpa kalah di laman sendiri KL City lebur
Kemenangan bergaya itu membolehkan anak buah Benjamin Mora terus cemerlang dengan kemenangan bersih dalam tiga perlawanan setakat ini tanpa dibolosi sebarang gol.
Liga Super: Harimau Selatan kenduri gol, terkam Bujang Senang
Bersambung babak kedua, JDT yang memanfaatkan kesempatan dengan kelebihan seorang pemain di atas padang selepas pemain pertahanan, Raja Imran Shah Raja Amin diperintah keluar padang selepas mengasari pemain gantian, Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-60, terus berpesta gol apabila Bergson meledak gol kedua menerusi sepakan dari jarak dekat pada minit ke-62.
JDT menang tipis ke atas Penang FC
Selepas berusaha selama 70 minit, pemain import dari Brazil Bergson da Silva berjaya menanduk masuk bola hasil sepakan percuma pemain muda Arif Aiman Mohd Hanapi.
Selangor FC dapat tajaan TDC sebanyak RM3.5 juta
TDC Holdings memberi tajaan sebanyak RM3 juta kepada Selangor FC untuk musim ini selain RM500,000 lagi dalam bentuk barangan.
44 pelatih AMD dapat tempat dalam pasukan Liga Super
Daripada keseluruhan pelatih generasi ketiga AMD itu, 20 pemain telah memulakan latihan bersama Selangor FC.
Liga Malaysia: Musim 2021 detik manis buat PJ City
Dibantu beberapa pemain senior seperti Mahalli Jasuli, K.Gurusamy, Khyril Muhymeen dan K. Prabakaran, PJ City juga turut membuka ruang kepada bakat-bakat muda yang terdiri V. Ruventhiran, Sunil Chandran dan Syahmi Zamri menyerlahkan potensi di Liga Super.
Tahniah JDT julang Liga Super kali kelapan – Muhyiddin
Tahniah JDT yang sekali lagi dinobatkan sebagai Juara Liga Super malam ini, kejayaan kali kelapan berturut-turut buat Harimau Selatan.
Ifedayo pecah rekod Liga Super
Penyerang berusia 30 tahun itu kemudiannya menyertai Selangor pada pertengahan musim 2019 bagi menggantikan Antonio German yang gagal menampilkan persembahan terbaik.
Penang FC benam Sabah 3-0
Penyerang import dari Brazil, Anselmo Arruda da Silva atau lebih dikenali sebagai Casagrande, muncul wira buat skuad kendalian Tomas Trucha, apabila menjaringkan dua gol menerusi tandukan masing-masing pada minit ke-38 dan ke-54.
JDT hampiri gelaran juara Liga Super kelapan
JDT kini hanya memerlukan tiga mata lagi dalam perlawanan menentang Sri Pahang pada Jumaat ini untuk dinobatkan sebagai juara Liga Super musim ini.