Tag: mahkamah
Apandi Ali gagal kawal perasaan ketika beri keterangan di mahkamah
Babak penuh emosi itu berlaku ketika Mohamed Apandi menjawab soalan peguamnya, M.Visvanathan pada hari ketiga perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar berhubung tempoh beliau menyandang jawatan Peguam Negara (AG) dari 2015 hingga 2018.
Suami isteri mengaku tidak bersalah cabul, dera kanak-kanak di pusat kebajikan
Mahkamah menetapkan tiada jaminan ditawarkan kepada Mohd Hamdan manakala Nor Adila dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.
RBTR Asset Management, 5 defenden diperintah bayar ganti rugi RM13.352 juta
Saman sivil tersebut telah difailkan susulan siasatan SC pada Ogos 2009 terhadap skim EDI, selepas menerima aduan daripada pelabur. Sejumlah 106 pelabur telah diperdaya untuk menyertai skim tersebut yang menjanjikan, antara lain, pulangan tahunan
sebanyak 8% yang akan dibayar apabila matang.
SRC: Mahkamah dengar rayuan Najib esok
Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhi Najib hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, pecah amanah dan pengubahan wang haram, serta 12 tahun penjara dan denda RM210 juta atau lima tahun penjara bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Pejuang dibenar cabar tindakan menteri, RoS berhubung pendaftaran parti
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Pejuang selaku pemohon pula berkata, pihaknya telah memfailkan sijil perakuan segera supaya kes tersebut didengar secepat mungkin.
Bekas polis bunuh anak tiri ke tali gantung
Seorang bekas koperal polis sempat berpesan kepada ahli keluarga supaya reda dan menjaga anak-anaknya selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh anak perempuan tirinya, enam tahun lepas.
Polemik kalimah Allah di Malaysia
Bagaimanapun, dalam isu kalimah Allah ini, Pekeliling 1986 dilihat lebih mudah untuk dikuatkuasakan kerana ianya adalah berkait rapat dengan apa jua bahan penerbitan diseluruh negara tanpa batas sempadan negeri dan boleh dikuatkuasakan dengan pantas melalui kuasa-kuasa agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri sendiri seperti polis dan imigresen serta entiti kerajaan persekutuan lain seperti Kastam dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Enam operator kilang dituduh palsukan sijil cuti sakit
Tiga daripada tertuduh mengaku bersalah manakala tiga lagi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zaki Abdul Rahman dan Sri Pracha Nanthini Balabedha di dua mahkamah berasingan.
Pengasas Sugarbook tidak hadir sebutan kes, mahkamah keluar waran tangkap
Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas aplikasi Sugarbook, Chan Eu Boon, 34, kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes dan penyerahan dokumen hari ini tanpa sebarang sebab.
Kakitangan mahkamah syariah direman bantu siasatan SPRM
Seorang kakitangan mahkamah syariah direman selama dua hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan rasuah berkaitan proses permohonan pengesahan sabitan nasab.