Tag: Majlis Keselamatan Negara
Suasana Malam Taman Hock Ann Dikepung Dengan Kawat Duri #PKPD
Suasana malam di sekitar Taman Hock Ann yang dipasang kawat duri selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 JULAI 2021.
Fasa 1 PPN – Kedai Telekomunikasi, Komputer dan Buku Beroperasi Semula
Orang awam mula mengunjungi kedai telekomunikasi selepas kerajaan membenarkan beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 16 JULAI 2021.
Aktiviti Penghuni PPR Pantai Ria Selepas Bebas Kawat Duri #PKPD
Penduduk PPR Pantai Ria melihat suasana sekitar selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tamat pada 15 Julai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 15 JULAI 2021.
PKPD Taman Bukit Angkasa Ditamatkan #ATM
Anggota Tentera Malaysia melakukan kerja-kerja pembukaan kawat berduri di sekitar kawasan Taman Bukit Angkasa berikutan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 JULAI 2021.
Timbalan Perdana Menteri Tinjau PKPD PPR Kerinchi
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun melambaikan tangan kearah penduduk PPR Kerinchi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2021.
Pekerja Sektor Kilang Elektrik dan Elektronik
Pekerja kilang dilihat berjalan keluar selepas tamat waktu bekerja selepas kerajaan membenarkan sektor elektronik beroperasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Ampang, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 10 JULAI 2021.
Petugas KKM Angkut Penduduk Positif Covid-19 Penuh Bas
Penduduk yang positif Covid-19 dibawa menaiki bas menuju ke pusat kuarantin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pangsapuri Intan Bukit Permai, Ampang. Foto Hafiz Sohaimi 10 JULAI 2021.
Barisan Hadapan Kerja Keras Perangi Covid-19 di Zon Merah #PKPD
Kenderaann KKM tiba di PPR Pantai Ria ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 06 Julai 2021.
Suasana PKPD di PPR Kampung Baru Air Panas #Covid19
Reaksi penduduk selepas kawasan kediaman mereka dipasang kawat besi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akibat penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Blok C PPR Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2021.
Penghuni Buntu Kawasan Rumah Dikelilingi Kawat Duri #PKPD
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengatakan sesuatu kepada seorang penduduk semasa mengawal perkarangan lobi lif susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di PPR Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 JULAI 2021.