Tag: Majlis Keselamatan Negara
ATM Pasang Kawat Duri Jalan Keluar Masuk Taman Murni Sepang #PKPD
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja memasang kawat duri sekitar Taman Murni berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 30 Jun sehingga 13 Julai 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sepang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 30 JUN 2021.
Suasana Hari Pertama Perumahan Awam Desa Rejang Dikenakan PKPD
Anggota bomba berjalan keluar selepas melakukan sanitasi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 18 Jun sehingga 1 Julai 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Perumahan Awam Desa Rejang, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 JUN 2021.
PKP 3.0 – Aktiviti Sukan dan Rekreasi
Orang awam beriadah pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penutupan penuh yang berlarutan sehingga 28 Jun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di padang Padang Perbandaran MPAJ , Ampang .Foto HAFIZ SOHAIMI, 14 JUN 2021.
Tentera Kepung Kampung Sungai Penchala Dengan Kawat Duri #PKPD
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja memasang kawat duri di sekitar Kampung Sungai Pechala berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 10 Jun sehingga 23 Jun 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 10 JUN 2021.
Makanan, Tilam Lintas Kawat Duri di Pangsapuri Permai #PKPD
Anggota Pertahanan Awam membawa barangan keperluan harian untuk diberi kepada penduduk semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang masih berkuatkuasa sehingga 10 Jun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 06 JUN 2021.
MKN arah tangguh Kongres Nasional PKR esok
Arahan terbaru MKN itu bertentangan dengan pendirian mereka sebelum itu yang memberi persetujuan dengan perjalanan Kongres Nasional secara dalam talian sepenuhnya, kata Nik Nazmi
PKP Penuh – Kedai Haiwan Peliharaan ‘Pets House & Co.’
Seorang pekerja kedai haiwan peliharaan Pets House & co, Mohd Hidayat Hasanuddin, 21, memandikan dan membuat pembersihan kucing milik pelanggannya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 01 JUN 2021.
Suasana Hari Pertama PKP Penuh di Terminal Bersepadu Selatan
Orang awam yang ingin pulang ke kampung selepas mendapat kebenaran merentas negeri dari balai polis berikutan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penutupan penuh bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 JUN 2021.
Pemandu Teksi ‘Perintah Kawalan Pergerakan Penuh’
Seorang pemandu teksi menunggu pelanggan pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh Fasa 1 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di hadapan Pusat Beli Belah Sogo, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 01 JUN 2021
Kawalan Ketat Sekatan Jalan Raya Perintah Kawalan Pergerakan #PDRM
Anggota polis melakukan pemeriksaan kenderaan semasa mengadakan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penutupan penuh bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun di KM14 Jalan Ipoh-Rawang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 JUN 2021.