Tag: Menteri Dalam Negeri
Etnik Rohingya di negara ini jangan naik kepala – Hamzah
Betul, kita simpati kepada golongan berkenaan tetapi mereka tidak boleh sehingga menimbulkan masalah contohnya aktiviti meminta sedekah di lampu isyarat sehingga memaki hamun, perkara itu tak sepatutnya berlaku dalam negara ini. - Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri Lancar Pameran dan Persidangan DSA 2022
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin membuat gimik penyempurnaan Majlis Pelancaran Pameran Antarabangsa Defence Services Asia (DSA) Tahun 2022 di The State Room, St. Regis, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 DECEMBER 2021.
Sambutan Hari Imigresen 2021
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin diiringi Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud (kanan) melakukan gimik pelancaran MYVISA pada Majlis Sambutan Hari Imigresen 2021 di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 01 DISEMBER 2021.
Menteri Dalam Negeri Lancar Pusat Satelit ESD di KLIA
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin diiringi Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud (empat kiri) melihat permohonan pas pekerja untuk Ekspatriat yang berkhidmat di negara ini melalui sistem ESD Satellite Center (ESC) yang baru dilancarnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto HAZROL ZAINAL, 30 NOVEMBER 2021.
Kerajaan ambil tindakan terhadap individu cuba hasut rakyat – Hamzah
Menjawab pertanyaan media mengenai kenyataan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman yang diminta memberikan keterangan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Hamzah berkata tindakan itu dilihat cuba memecahbelahkan masyarakat.
Kerajaan pertimbang warga asing tiga negara kerja pengawal keselamatan
Menurut Hamzah, kerajaan telah menyenaraikan tiga buah negara iaitu Filipina, Indonesia dan Bangladesh untuk dibawa masuk bagi bekerja dalam sektor industri perkhidmatan kawalan keselamatan.
Hamzah Zainudin Iring Calon PN Bermesra Dengan Pengundi #PRNMelaka
Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama calon Perikatan Nasional N.06 Rembia, Zamzuri Arifin (dua kiri) beramah mesra bersama peniaga semasa hadir makan tengahari pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Medan Selera Pasar Menggong, Alor Gajah, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 17 NOVEMBER 2021.
Hamzah Zainudin Melawat Pusat Media MalaysiaGazette di Ayer Keroh
Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak (empat kanan) bergambar bersama kakitangan Malaysia Gazette selepas Temubual Khas di Studio Malaysia Gazette, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 09 NOVEMBER 2021.
Hamzah Zainudin Hadir Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pekerja Asing
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin (dua kiri) diiringi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan (kiri) dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin (kanan) bergambar sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Pengurusan Pekerja Asing di Kementerian Sumber Manusia, Kompleks D, Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 26 OKTOBER 2021.
Perikatan Nasional tidak adil soal pelanggaran SOP – Pejuang
Menurut Ketua Penerangan Pejuang Muda Malaysia Akit Rusli, Hamzah hanya dilihat berani mengeluarkan kenyataan tegas dalam mengambil tindakan terhadap rakyat semata-mata sedangkan ada pihak dalam PN masih belum diambil tindakan.