Tag: minyak
Tiga lelaki ditahan, 55,200 liter diesel bersubsidi dirampas
Siasatan awal terhadap suspek yang berusia 24 hingga 54 tahun itu mendapati mereka membekalkan minyak diesel bersubsidi tanpa permit yang sah di sekitar kawasan Batu Pahat.
Harga RON97 naik 37 sen seliter, RON95 dan diesel kekal
Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrolRON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan. - Kementerian Kewangan.
Kesan inflasi dijangka dirasai pertengahan Mei
Inflasi yang berlaku berikutan kenaikan harga barangan dijangka "dirasai" di Malaysia pada pertengahan Mei dengan kesan paling langsung adalah kuasa beli menjadi lemah.
Bimbang terhadap permintaan pacu kejatuhan harga minyak
Niaga hadapan Brent turun AS$0.37 atau 0.3%, kepada AS$110.53 setong menjelang 0015 GMT.
Belian petrol terlampau tinggi punca stesen minyak kehabisan bekalan – PDAM
Secara umum tahun ini jualan petrol terlampau tinggi. Untuk menambah bekalan melalui lori tangki sampai tak sempat.
Harga minyak dunia melonjak
Minyak mentah Brent untuk penghantaran Julai meningkat AS$5.17 atau 4.9 peratus untuk ditutup kepada AS$110.14 di Bursa Hadapan ICE London.
Sekatan ketat di Shanghai pacu kejatuhan harga minyak
Kerugian penanda aras kehilangan hampir 5% minggu lepas atas kebimbangan permintaan.
Penguatkuasaan lemah punca warga luar tak takut
"Ini kerana jika dilihat sekiranya warga asing mengisi 40 liter RON 95, kerajaan akan rugi RM68 wang rakyat kepada warga asing. Wang rakyat sepatutnya digunakan untuk memberi kelebihan kepada rakyat negara kita sendiri dan bukan warga asing," kata Raden Mohamad Azwan
Pengusaha stesen minyak jual petrol bersubsidi kepada kenderaan asing berdepan tindakan...
KPDNHEP memandang serius isu tular kenderaan bernombor pendaftaran Singapura dikatakan mengisi petrol menggunakan nozel kuning disyaki RON 95 yang merupakan minyak bersubsidi.
RON97 naik lapan sen, RON95 dan diesel kekal
Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan. - Kementerian Kewangan.