Tag: minyak
OPEC mungkin kekal dengan rancangan pengeluaran
Pengeluar utama OPEC. Arab Saudi telah menolak gesaan agar lebih banyak bekalan minyak daripada Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya.
Harga minyak turun minggu pertama sejak Ogos
Niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) susut AS$0.04 kepada AS$82.77 setong pada 0151 GMT, manakala Brent bertambah AS$0.12 atau 0.1% kepada AS$84.44 setong.
Harga RON97 naik 10 sen
Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.97 seliter bagi tempoh 28 Oktober 2021 sehingga 3 November 2021.
RON97 naik 10 sen, harga RON95 dan diesel tidak berubah
Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran APM bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling semasa. - Kementerian Kewangan.
Harga minyak tinggi
Minyak mentah Brent turun 0.08% kepada AS$ 82.49 setong, setelah mencapai paras tertinggi tiga tahun pada sesi sebelumnya.
Askar digunakan untuk tangani kekurangan bekalan petrol
Kekurangan pemandu trak telah menyebabkan rangkaian bekalan Britain untuk segala-galanya, dari daging, petrol dan ayam hingga ubat-ubatan dan susu telah terhenti kerana kekurangan tenaga kerja berikutan krisis Brexit dan Covid-19.
Harga RON97 naik satu sen
Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter kepada RM2.76 seliter bagi tempoh 30 September 2021 sehingga 6 Oktober 2021.
Pembelian panik minyak di UK, anggota tentera dikerah siap-sedia
Pemandu kapal tangki tentera akan mendapat latihan khusus sebelum dikerahkan untuk membantu menangani masalah rantaian bekalan, kata kerajaan.
India beli 64,087 tan minyak sawit bertapis Malaysia
Import minyak makan oleh India pada Ogos secara keseluruhannya berjumlah lebih satu juta tan, termasuk 750,134 tan minyak sawit.
Kebimbangan bekalan AS pacu lonjakan harga minyak
Minyak mentah Brent naik AS$0.48 atau 0.7% kepada AS$ 73.40 setong dan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) juga menokok AS$0.49 atau 0.7% kepada AS$ 70.21 setong.