Tag: normal baru
Covid-19: Kita masih dalam ribut luar biasa
Antara punca kejayaan kita membendung wabak Covid-19 ini adalah kerana kita menghentikan semua aktiviti ekonomi dan aktiviti harian rakyat - kita berjaya melandaikan lengkung jangkitan atau “flatten the curve”. Namun, negara kita tidak boleh berhenti selama-lamanya. Implikasi 'hiatus' aktiviti sosioekonomi dalam jangka masa panjang akan mengakibatkan kemelesetan ekonomi yang amat serius.