Tag: Pasca Banjir
MGNews: ATM Tambah Anggota Bantu Pasca Banjir – Affendi Buang
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang bercakap pada sidang media khas mengenai situasi terkini keadaan banjir Selangor di Pos Kawalan Taman Sri Muda Shah Alam.
Pasca Banjir #DailyLife
Anthony De Souza membersihkan kawasan rumah selepas kawasan dilanda banjir akibat hujan menjelang sambutan Hari Natal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Sri Muda Shah Alam, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 24 DISEMBER 2021.
Longgokan Sampah Dari Kawasan Banjir
Pekerja KDEB Waste Management Sdn Bhd melakukan kerja-kerja pemunggahan sampah pukal yang diambil dari kawasan yang dilanda bencana banjir ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stesen Pemindahan Sisa Pepejal, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 24 DISEMBER 2021.
Pasca Banjir Meru #DailyLife
Antara barang yang disaluti lumpur selepas kawasan kedai mereka dinaik air akibat banjir berikutan hujan lebat berpanjangan bermula dari pagi sehingga lewat malam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekitar Meru, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 23 DISEMBER 2021.
Malam Hari Kelima Banjir Hulu Langat
Penduduk mendirikan khemah untuk mereka diami selepas rumah mereka terjejas teruk akibat banjir kuat yang melanda ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hulu Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 22 DISEMBER 2021.
Pasca Banjir Hulu Langat
Penduduk melakukan kerja-kerja pembersihan selepas dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hulu Langat, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 20 DISEMBER 2021.
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Hadir Program Musa’adah Bantuan Bencana Alam
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad AL-Bakri (kiri) menyerahkan tabung Musa’adah Covid-19 kepada Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM, Hashim Salleh (kanan) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-JWM dan Perlepasan Konvoi Program Musa’adah Bantuan Bencana Alam Pasca Banjir JAKIM-YWM Ke Dungun Terengganu di Dataran Kompleks Islam Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 08 FEBRUARI 2021.
Musibah Banjir di Pahang
Mangsa banjir, Sidek Matyazit, 66 (kanan) bersama isterinya Hamizan Muhammad Fiah, 64, dan cucunya Nurkhalisah Adawiah, 10, megambil keputusan untuk tinggal di bawah khemah berhampiran rumahnya yang telah dinaiki air ketika di Tanjung Batu, Temerloh, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Ada mangsa banjir sudah 5 hari di PPS belum ada selimut
Antara barangan dan keperluan kepada mangsa banjir selepas air surut ialah bantuan khidmat sukarelawan untuk mencuci rumah yang berlumpur dan sampah hanyut, kata Burhanuddin.
Pasca Banjir Kampung Baru
Mangsa banjir, Nur Saidatul Ainatasha, 8, menjemur buku yang basah dihadapan rumahnya semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Periuk, Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto ISKANDAR HAMIDI, 11 SEPTEMBER 2020