Tag: PBB
Myanmar gagal laksana tanggungjawab lindungi Rohingya
Kerajaan Myanmar gagal menunaikan tanggungjawab antarabangsa dan melindungi penduduk Muslim Rohingya daripada kekejaman yang berlaku di Rakhine, kata dua penasihat khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Akhiri diskriminasi penduduk Rohingya – Annan
Annan, yang mengetuai sebuah suruhanjaya penasihat kepada kerajaan Myanmar berkata, kuasa dunia mesti bekerjasama dengan pemimpin tentera dan awam untuk menamatkan krisis pelarian Rohingya.
PBB beri taklimat Myanmar Khamis ini
Diplomat berkata, Majlis Keselamatan boleh mempertimbangkan untuk menerima kenyataan rasmi jika keadaan tidak bertambah baik tetapi China dan Rusia mungkin tidak bersetuju dengan tindakan lebih tegas yang memerlukan penggunaan resolusi veto.
Sekatan PBB tidak jejas program nuklear Korea Utara
Dalam satu kenyataan tegas, Pyong berkata, penetapan sekatan baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan perbuatan permusuhan paling kejam, tidak beretika dan tidak berperikemanusiaan.
Benarkan penduduk Rohingya jalani kehidupan mereka – PBB
Gesaan itu dibuat selepas Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, tentera Myanmar melakukan pembersihan etnik ke atas penduduk Islam Rohingya.
Pembersihan etnik Rohingya di Myanmar – PBB
Zeid, Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia berkata, operasi semasa di Rakhine adalah jelas tidak seimbang.
OIC kecam Myanmar, mahu PPB teruskan siasatan
OIC mahu PBB menyiasat semua pelanggaran undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan membawa pelaku kekejaman terhadap masyarakat Rohingya itu ke muka pengadilan.
PBB perlu bantuan segera untuk Rohingya
BANGLADESH - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memerlukan bantuan segera berjumlah AS$77 juta bagi membantu penduduk Islam Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh sejak keganasan meletus dua minggu lalu.
Kira-kira 290,000 Rohingya dikatakan telah melarikan diri dari negeri Rakhine dan mencari perlindungan di Bangladesh sejak 25 Ogos.
Terdapat keperluan terdesak untuk makanan, air dan perkhidmatan kesihatan untuk pelarian yang baru tiba di Bazaar Cox, tambah PBB.
Pelarian yang melarikan diri mendakwa kediaman di kampung-kampung mereka telah dibakar oleh tentera Myanmar.
Keganasan bermula pada 25 Ogos lalu apabila pemberontak Rohingya menyerang polis di negeri utara Rakhine Myanmar.
Penduduk Rohingya - minoritinya tanpa kerakyatan dan beragama Islam.
Bagaimanapun, Myanmar menolak dakwaan keganasan yang didakwa penduduk Rohingya tetapi menyatakan tenteranya memerangi 'pengganas' Rohingya
Agensi bantuan di Bazaar Cox Bangladesh memaklumkan jumlah yang melarikan diri berjumlah beribu-ribu orang.
Mereka berada di tepi-tepi jalan menunggu trak-trak makanan.
Penyelaras Penduduk PBB di Bangladesh, Robert Watkins berkata, jumlah pelarian yang memasuki sempadan Bangladesh tidak henti-henti.
"Mereka ini perlu diberi bantuan kerana kebanyakan mereka datang tanpa membawa apa-apa," katanya sambil memberitahu agensi itu perlu membina 60,000 tempat perlindungan, selain makanan, air bersih dan perkhidmatan kesihatan. - MalaysiaGazette
Malaysia harap isu penindasan Rohingya segera dibawa ke PBB
Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, krisis kemanusiaan yang sedang dihadapi etnik minoriti Islam Rakhine itu perlu segera dibawa ke pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mencari jalan penyelesaian.
Korea Utara mahu perang
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un didakwa "memohon untuk berperang" dengan ujian bom nuklearnya yang dilancarkan baru-baru ini, kata wakil Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).