Tag: pelan pemulihan negara
PKPD – Bas Sekolah ‘Lumpuh’
Pengusaha bas sekolah, M. Ravichandran memeriksa minyak hitam basnya yang lama tidak digunakan membawa murid berikutan penutupan sekolah akibat pandemik covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JULAI 2021.
Tiada Punca Pendapatan, Isteri Kibar Bendera Putih di Hadapan Rumah
Penduduk, Masturawati Malek mengelap air peluh suaminya yang bekas pesakit strok, Muhamad Abdul Aziz di hadapan rumahnya yang digantung bendera putih bagi membolehkan orang awam tampil menyalurkan bantuan susulan berdepan dengan kesusahan kesan pandemik Covid-19 di Petaling Perdana, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 06 JULAI 2021.
Persediaan Keranda Ketika Musim Covid-19
Pembuat keranda, Shahrul Kamarulzaman, 44 sibuk menyiapkan keranda yang ditempah bagi proses pengkebumian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kedai Batu Nisan, Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 06 JULAI 2021.
Kudrat “Uncle Tong Gas” Di Usia Emas
Peniaga, Hang Seng Long, 75, membuat penghantaran tong gas kepada pelanggan di Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2021.
Penduduk Pangsapuri Petaling Perdana Kibar Bendera Putih
Dua kanak-kanak mengibarkan bendera putih sebelum memasangnya di hadapan rumah mereka bagi membolehkan orang awam tampil menyalurkan bantuan susulan berdepan dengan kesusahan kesan pandemik Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pangsapuri Petaling Perdana, Petaling Jaya, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 05 JULAI 2021.
Noh Omar Serah Bakul Makanan Kepada Penduduk Tanjung Karang
Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar menyampaikan bantuan bakul makanan kepada Bekas Ketua Wanita Umno Kampung Haji Razali, Aisah Kadiran, 72 pada Program Bantuan Makanan di Bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di Tanjung Karang. Foto HAFIZ SOHAIMI, 05 JULAI 2021
Kamarudin Jaffar Serah Bakul Makanan Kepada Penduduk Bandar Tun Razak
Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima, Awang Minai, 70 (kanan) pada Program Sumbangan Bakul Makanan Parlimen Bandar Tun Razak di Dewan Merdeka, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2021.
Majlis Perbandaran Klang Pantau Pematuhan SOP di Kawasan PKPD
Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang melakukan pemeriksaan prosedur operasi standard (SOP) berikutan mukim Klang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar bandar Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2021.
PKPD – Bandar Klang Sunyi Sepi
Suasana sunyi dimana kebanyakan sektor perniagaan tidak dibenarkan beroperasi di sekitar mukim Klang yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar bandar Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2021.
Jabatan Kecemasan HKL ‘Sesak’ Terima Pesakit Covid-19
Petugas kesihatan yang berpakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) memimpin seorang pesakit Covid-19 untuk menerima rawatan lanjut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2021.