Tag: pemerasan
Penganggur menyamar polis, lakukan pemerasan ditahan
Lelaki itu (mangsa) dalam laporannya mendakwa didatangi seorang lelaki (suspek) yang memperkenalkan diri sebagai Insp Farid dan mengatakan boleh membantu melepaskan abang mangsa daripada kes polis sekiranya membayar wang sebanyak RM7,000 dan jika enggan, abang pengadu akan dituduh di mahkamah. - Supt. Arshad Abu.
Suri rumah mengaku tidak bersalah lakukan pemerasan wang terhadap suami
Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pemerasan terhadap suaminya sendiri dengan mengambil wang tunai mangsa berjumlah RM13,000 di sebuah hotel dekat sini, bulan lepas.
6 polis Pulau Pinang terlibat dalam rasuah, pemerasan dan dadah
Kes ini berlaku dalam tempoh dua minggu iaitu bermula 1 Julai lalu dan kesemua mereka kini ditempatkan di bahagian pentadbiran yang tidak melibatkan urusan luar. - Mohd Shuhaily
Dakwa polis lakukan pemerasan: Ahli Parlimen Kepong dipanggil bantu siasatan
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata dakwaan itu dibuat Ahli Parlimen berkenaan pada 4.50 petang tadi menerusi sidang media dan siasatan dibuat selepas berita mengenainya dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp.
OCPD lindungi pegawai, kakitangan terbabit jenayah dikenakan tindakan
Mana-mana Ketua Polis Daerah yang didapati melindungi anggota dan pegawainya yang terlibat sebarang kegiatan jenayah akan dikenakan tindakan segera.
Seorang ‘Datuk Seri’ ditahan kerana ugut pegawai polis – Ayob
Salah seorang suspek telah mengaku sebagai Datuk Seri didakwa melakukan peras ugut dengan meminta mangsa membayar sejumlah hutangnya secara kekerasan, katanya.
Tiga lelaki Bangladesh kurung rakan senegara, minta wang tebusan
Tiga lelaki warga Bangladesh ditahan selepas dipercayai mengurung seorang lelaki rakan senegara bagi tujuan pemerasan di sebuah flat di Tropicana Selatan, Petaling Jaya, di sini pada Selasa.
Ugut sebar video aksi bogel, dua suspek tempatan ditahan polis
Mangsa mengaku kepada polis bahawa beliau pernah membuat panggilan video melalui Aplikasi WeChat dengan seorang wanita yang dikenali melalui aplikasi Tam Tam dan mengakui pernah merakamkan aksi bogel.
Tiga anggota trafik Johor ditahan disyaki terlibat pemerasan
Ketiga-tiga koperal berumur antara 32 dan 39 tahun itu ditahan pada 4 Jun selepas polis menerima laporan yang dibuat pemandu lori tersebut.
Polis kenal pasti empat anggota terlibat kes pemerasan
Polis telah menerima satu laporan berhubung kes tersebut yang melibatkan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada 10 April lalu.