Tag: Pensyarah Fakulti Undang-undang
Noor Aziah dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak
Pensyarah Fakulti Undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal dilantik sebagai Pesuruhjaya Kanak-kanak. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata pelantikan Noor Aziah telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi sesi 2019-2022.