Tag: Perintah Kawalan Pergerakan
Pusat Membeli Belah Kembali ‘Bersesak’ Dengan Pengunjung
Polis bantuan mengawasi dan menasihati orang awam agar mematuhi SOP jarak sosial di sekitar pusat beli belah Pavilion, Kuala Lumpur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette. Foto HAFIZ SOHAIMI, 14 FEBRUARI 2021.
Jambangan Bunga Buat Insan Istimewa #HariKekasih
Sempena sambutan hari kekasih orang ramai memilih gubahan bunga yang dijual ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Hang Lekir, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 13 FEBRUARI 2021.
PKP 2.0 – Gimnasium
Pengunjung melakukan senaman di dalam gimnasium berikutan aktiviti sukan komersial seperti padang bola sepak komersial, gimnasium dan gelanggang futsal dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di 116 Fitness, Rawaang. Foto HAFIZ SOHAIMI, 13 FEBRUARI 2021.
Pengorbanan Ibu ‘Usung Anak OKU’, Liku-Liku Kehidupan Demi Sesuap Nasi
Reaksi Saniah Taib, 50, bersama seorang anaknya, Siti Nurasyikin Johari, 22, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) bersama menemani untuk mencari rezeki di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 13 FEBRUARI 2021.
Kaki Pancing Lepas Gian Ngail Ikan #PKP
Orang awam melakukan aktiviti memancing di kolam pancing selepas premis perniagaan berkaitan aktiviti memancing seperti kolam pancing, pelantar pancing, rumah rakit dan bot memancing dibenarkan beroperasi semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 13 FEBRUARI 2021.
TENTERA Masuk Bandar, Pantau Pematuhan SOP Hari Cuti Umum
Anggota tentera membuat pemantauan keselamatan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) orang awam pada cuti umum sempena perayaan Tahun Baru Cina semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di hadapan Pavilion, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 FEBRUARI 2021.
PKP: Beberapa daerah di Semenanjung kembali hijau
Tiga daerah iaitu Bera dan Lipis di Pahang serta daerah Jeli di Kelantan kini menjadi antara zon hijau peringkat pertama di negara ini selepas pelaksanaan semula PKP.
LENSA MG | Sambutan Tahun Baru Cina 2021
Seorang wanita keturunan Cina melakukan upacara keagamaan sempena Tahun Baru Cina semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tokong Thean Hou, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 FEBRUARI 2021.
Pembeli, Pekerja Butik Pakaian Pakai ‘Glove’ Patuh SOP Ketat MKN #PKP
Pelanggan membeli pakaian memakai sarung tangan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat selepas Majlis Keselamatan Negara bersetuju membenarkan baki keseluruhan perniagaan peruncitan beroperasi semula ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di premis barangan sukan Al-Ikhsan, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 10 FEBRUARI 2021.
RM3 Teh Ais Padu! Hotel Espira Sri Petaling Promosi Makanan, Minuman...
Beberapa kakitangan Hotel Sri Petaling memegang sepanduk bagi menarik perhatian pelanggan untuk membeli makanan menerusi konsep pandu lalu demi kelangsungan operasi perniagaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 10 FEBRUARI 2021.