Tag: Perintah Kawalan Pergerakan
Orang Ramai Puas, Gembira Dapat Menjamu Selera di Kedai #PKP
Orang ramai menjamu selera di restoran berikutan Majlis Keselamatan Negara bersetuju membenarkan baki keseluruhan perniagaan peruncitan beroperasi semula serta kebenaran makan di restoran bermula hari ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk satu meja terhad dua orang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 FEBRUARI 2021.
Kedai Makan, Restoran Siap Sedia Terima Pelanggan ‘Dine-In’ Semula
Pekerja gerai makan Heritage One Station membuat persiapan selepas kerajaan mengumumkan pelanggan dibenarkan makan di premis makanan dan terhad kepada dua orang satu meja mulai esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di salah sebuah premis menjual makanan, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 09 FEBRUARI 2021.
Akad Nikah ‘Ringkas’ Pasangan Pengantin Ketika Musim PKP
Pengantin, Nor Fazlina berdoa tanda syukur selepas selesai lafaz akad nikah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selepas kerajaan membenarkan majlis pernikahan ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 8 FEBRUARI 2021
Kedai ‘Barber’ Patuh SOP Ketat Dalam Tempoh PKP
Pekerja membasuh dan memotong rambut pelanggannya pada hari pertama kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi dengan pematuhan SOP yang ketat susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 di Zenon Barbershop, Cheras. Foto HAFIZ SOHAIMI, 05 FEBRUARI 2021.
Suasana Pasaraya Patuh SOP Selepas Diperketatkan #PKP
Anggota RELA meminta orang ramai menjaga penjarakan fizikal susulan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasaraya ST Rosyam Mart, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 05 FEBRUARI 2021.
PKP 2.0 – Al-Quran Jadi ‘Peneman’ Gelandangan
Gelandangan, Abdullah Bin Omar, 61, khusyuk membaca al-quran di atas bahu jalan dengan memakai pelitup muka sambil meminta sedekah semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Foto SHAFIY ZUL, 04 FEBRUARI 2021
PKP 2.0 – Peniaga Menunggu Pelanggan
Peniaga, Mohd Faisal menunggu pelanggan ketika menjalankan peniagaan makanan bersama isteri dengan mematuhi SOP yang di tetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia di Kajang, Selangor. Foto FIKRI YAZID, 04 FEBRUARI 2021.
MGNews : PKP Dilanjutkan Demi Nyawa Rakyat – Muhyiddin Yassin
Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.
Kesibukan Perkarangan Pejabat Ketika ‘Lunch Hour’ #PKP
Sebahagian orang awam yang bekerja menjamu selera di perkarangan pejabat semasa waktu rehat susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 04 FEBRUARI.
PKP 2.0 – Bercucuk Tanam
Penduduk, Abdul Aziz Yahya (kanan) dan Mohd Nor Ahmad (kiri) bercucuk tanam di kebun bandar yang diusahakan bagi mengisi masa terluang berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ketika tinjauan lensa Malayusia Gazette di Perumahan Awam Seri Perlis 2, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 FEBRUARI 2021.