Tag: Perintah Kawalan Pergerakan
PKP 2.0 – Perkhidmatan Fotografi Patuh SOP Ketat MKN
Pemilik studio, Mohd Effie Izwan, melakukan kerja fotografi selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan perkhidmatan fotografi beroperasi semula dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Blackystudio, Setia Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 18 FEBRUARI 2021.
Penjual Mangga Digempur Polis Dalam Operasi Banteras Penjaja Jalanan
Anggota polis mengarahkan peniaga mangga berhenti menjual untuk diambil keterangan menerusi Operasi Banteras Penjaja Jalanan di Bandar Kirara, Selangor. Foto, AFFAN FAUZI, 17 FEBRUARI 2021.
Penggemar Sukan Badminton Patuh SOP Ketat di Gelanggang
Orang ramai meluangkan masa dengan bermain badminton berikutan aktiviti sukan tersebut dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan prosedur operasi standard ketat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 FEBRUARI 2021.
Hotel Perdana KLCC Tukar Strategi, Buka Gerai Jual Makanan dan Minuman
Orang awam membeli makanan di gerai Hotel Perdana KLCC berhadapan hotel ketika tinjauan Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 16 FEBRUARI 2021.
PKP 2.0 – Tenis
Orang awam bermain tenis di dalam gelanggang di sekitar Kuala Lumpur berikutan aktiviti sukan komersial telah dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette. Foto HAFIZ SOHAIMI, 16 FEBRUARI 2021.
Annuar Musa Kunjungi Ibu Usung Anak OKU Menghuni di Lorong Haji...
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melihat keadaan Siti Nurasyikin Johari yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) sambil diperhatikan ibunya, Saniah Taib (dua kiri) di Lorong Haji Taib 2, Chow Kit, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 15 FEBRUARI 2021.
PKP 2.0 – Kenderaan L Kembali Bergerak
Pelatih menjalani latihan memandu di Institut Memandu Kecemerlangan Latihan (IMKL) Setapak selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan semua institut memandu dan latihan penerbangan beroperasi semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ketika tinjauan lensa Malayia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 15 FEBRUARI 2021.
Terkesan Akibat PKP, Kafe Kita Ringankan Beban Bantu ‘Kita’
Pemilik kedai Kita Cafe, Muhammad Adham Abd Holif, 28 bersama isterinya, Nur Syahira Hamidee, 28 memberikan bungkusan makanan kepada orang awam yang memerlukan demi meringankan beban orang ramai semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 13, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 15 FEBRUARI 2021.
PKP 2.0 – Peniaga ‘Garu Kepala’, Pasar Seni Lengang Tiada Pengunjung
Keadaan lengang dapat dilihat di kawasan yang kebiasaannya menjadi tumpuan para pelancong samada tempatan atau luar negara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi membendung penularan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Seni, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 FEBRUARI 2021.
PKP 2.0 – Bersenam di Waktu Senja
Orang ramai tidak melepaskan peluang beriadah semasa matahari terbenam sempena cuti hujung minggu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 14 FEBRUARI 2021.