Tag: persidangan
Kit Siang desak polis bertindak terhadap pihak ugut cetus kekacauan
Veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap pihak yang mengugut untuk mencetuskan kekacauan pada persidangan membantah tulisan Jawi yang sepatutnya berlangsung di Kolej New Era hari ini.
Siti Kasim persoal tindakan perintah mahkamah
Soalnya, mengapa polis membuat permohonan pada saat-saat akhir sehingga mendapat arahan ex-parte (tanpa ada kehadiran pihak satu lagi).
Isu pembelajaran Jawi di sekolah vernakular belum selesai
"Melihat kepada reaksi-reaksi penentangan yang telah dibuat di media sosial, benarlah bahawa orang-orang bukan Melayu boleh bersatu hati dalam perkara yang menyentuh kepentingan bersama mereka tanpa mengira sama ada mereka adalah dari DAP, Gerakan atau MCA," katanya.
Persidangan Dong Zong mengancam nyawa, keselamatan manusia – Mahkamah
Selain itu, berdasarkan kepada maklumat terkini yang diperoleh oleh pihak pemohon mendapati akan berlaku satu gaduh-gempar/rusuhan akan berlaku sekiranya persidangan tersebut diteruskan.
Walaupun batal, tapi AGRA akan terus pantau Dong Zong
Bagaimanapun Presiden Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir memberi amaran seandainya melihat sebarang usaha oleh Dong Zong untuk meneruskan agenda licik mereka, AGRA dan NGO Nasionalis akan turun menentang sehingga mereka tidak sesekali berlagak samseng dan bersikap cauvinis di tanah air ini.
Persidangan bantah Jawi batal, polis dapat perintah mahkamah
Polis telah mendapat perintah mahkamah tidak membenarkan Dong Jiao Zong menganjurkan persidangan membantah tulisan Jawi yang dijadual pukul 1 petang esok atas alasan menganggu kententeraman.
Dong Zong akan pastikan persidangan selamat dan teratur
Lebih seribu pertubuhan termasuk lembaga-lembaga pengelola sekolah, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), serta persatuan alumni telah mengesahkan kehadiran.
Jalan ditutup sempena Dong Jiao Zong bersidang bantah tulisan Jawi
Beberapa jalan di kawasan Kajang dan berhampiran akan dititup bersempena bantahan tulisan jawi oleh Dong Jiao Zong Sabtu ini.
40 NGO Gerakan Melayu Islam tuntut kerajaan bertindak terhadap Dong Zong
Tiga tuntutan tersebut ialah mendesak supaya siasatan dilakukan ke atas pemimpin Dong Zong dengan menggunakan Akta Hasutan, mengharamkan serta-merta pertubuhan Dong Zong serta meminta supaya kongres yang dirancang pertubuhan itu Sabtu ini dibatalkan.
Persidangan pertubuhan Cina lebih elok daripada kongres maruah
Persidangan pertubuhan Cina yang dijadualkan pada 28 Disember merupakan satu program aman yang lebih elok berbanding Kongres Maruah Melayu, kata Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Datuk Ong Chiow Chuen.