Tag: piala thomas
India muncul juara Piala Thomas 2022
Pemain kelahiran Guntur berusia 29 tahun itu menguasai set pertama dengan 21-15 sebelum mengesahkan kemenangan dengan 23-21 untuk menobatkan India sebagai juara baharu Piala Thomas kali ini.
Piala Thomas: India jumpa Indonesia di final
Perseorangan ketiga India, Prannoy H.S. muncul menjadi wira selepas menang 13-21, 21-9, 21-12 ke atas Rasmus Gemke, sekaligus mencatatkan kemenangan dramatik terhadap 'The Valkyrie'.
Jun Hao terkedu kekalahan mengejut Malaysia
India memusnahkan harapan Malaysia dengan keputusan 3-2 sekali gus mencipta sejarah tersendiri untuk mara ke separuh akhir buat pertama kali dalam kejohanan berpasukan badminton paling berprestij di dunia itu.
Piala Thomas: India punahkan harapan Malaysia di Bangkok
India bermula dengan langkah kiri , biarpun pemain perseorangan utamanya Lakshya Sen memberikan tentangan sengit kepada perseorangan pertama Malaysia, Lee Zii Jia yang menyaksikan mereka terikat pada mata 16-16 sebelum pemain berasal dari Kedah itu menemukan jalan keluar untuk menamatkan set pertama dengan kelebihan dua mata, 23-21.
Piala Thomas : Malaysia bertemu India dalam suku akhir
Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Dr Tim Jones berkata, skuad negara tidak akan mengambil mudah cabaran dari India kerana ia mempunyai barisan pemain yang mantap pada edisi tahun ini.
Piala Thomas: Malaysia muncul juara Kumpulan D
Kapten pasukan Aaron Chia dan pasangan beregunya Teo Ee Yi, mencuri tumpuan apabila mereka berjaya memainkan peranan pada saat getir untuk menyumbang mata ketiga yang juga mata kemenangan buat Malaysia pada perlawanan keempat.
Thomas Cup: Malaysia benam England 5-0
Jaguh perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia terbukti terlalu kuat sebagai tandingan Toby Penty apabila berjaya mendahului dengan selesa 8-0 pada peringkat awal permainan pembukaan sebelum menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-10, dan set seterusnya 21-15, sekali gus meletakkan pasukan negara 1-0 mendahului lawan.
Piala Thomas: Tekanan tetap ada – Zii Jia
Malah, Zii Jia yang belum pernah berdepan pemain berusia 29 tahun itu, menjangkakan akan menempuh cabaran getir dalam usaha menjinakkan pesaingnya itu.
Usah tekan Zii Jia
Biarpun Zii Jia masih segar dengan kejayaan menjuarai Kejohanan Badminton Asia 2022 di Manila, Filipina, Ahad lepas, Roslin beranggapan prestasi pemain perseorangan lelaki negara itu masih terumbang-ambing sejak memilih bergelar pemain profesional Januari lepas.
Piala Thomas: Aidil Sholeh berkorban demi negara, impian
Bagaimanapun, pemain dari Selangor itu mengakui cabaran tersebut jelas tidak melunturkan semangatnya untuk beraksi pada kejohanan badminton berpasukan berprestij dunia walaupun buat pertama kali terpaksa berjauhan dengan keluarganya di hari lebaran.