Tag: Pkp
SIAPA Abang BOMBA?
Potrait petugas bomba merupakan barisan hadapan yang tidak lelah menjalankan tanggungjawab mereka sepanjang pandemik Covid-19 melanda Malaysia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 14 APRIL 2020.
SENI Kata-Kata Semangat Petugas KKM ‘War Without Weapon’
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan persiapan pakaian PPE yang bertulis kata-kata semangat sebelum melakukan ujian saringan wabak covid -19 kepada penghuni berikutan Perintah Kawalan Pergerakan masuk hari ke 28 Fasa 2 di Menara Plaza City One, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 14 APRIL 2020
Penutupan beberapa laluan ke Jambatan Kedua P.Pinang diteruskan fasa ketiga PKP
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), syarikat yang mengendalikan (JSAHMS), dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penutupan beberapa laluan itu bagi mengehad dan mengawal pergerakan orang ramai selaras dengan pelaksanaan PKP bagi membendung penularan pandemik Covid-19.
Pesalah PKP fasa 3 akan ditahan reman sebelum dihadapkan ke mahkamah
Polis tidak lagi akan bergantung kepada pengeluaran kompaun semata-mata kerana berdasarkan jumlah pengeluaran kompaun yang meningkat, tindakan ini dilihat belum berjaya memberi kesedaran sepenuhnya kepada rakyat.
Universiti menangani cabaran Covid-19
Dalam langkah awal, universiti telah mengenal pasti perkhidmatan keutamaan yang perlu diteruskan. Dengan mengambilkira langkah berjaga-jaga, perkhidmatan perubatan dan kesihatan, keselamatan kampus, bekalan makanan serta kebajikan warga universiti terutama pelajar telah diberi keutamaan.
Pentingnya menghayati statistik Covid-19
Statistik merupakan ilmu sains pengumpulan data, penyajian data, analisis, interpretasi dan proses membuat keputusan. Statistik Covid19 kini menjadi bahan bicara orang awam dan mereka mula mengenali dan menghayati ilmu statistik. Ia sangat penting dalam membuat keputusan. Walaupun statistik Covid-19 hanya bersifat penyajian data, tetapi ia banyak memberi maklumat kepada rakyat dalam menangani virus ini.
MAS sambung semula penerbangan ke Sabah, Sarawak
Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, buat masa ini MAS telah menyatakan persetujuannya untuk menyambung semula penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri dan Kota Kinabalu bermula minggu ini.
PKP fasa kedua berakhir hari ini, bersambung lagi mulai esok
Walaupun PKP kini telah dilaksanakan hampir sebulan sejak ia dikuat kuasa pada 18 Mac lepas, dengan tahap pematuhan rakyat setakat ini adalah 97 peratus, namun setiap hari masih ada individu yang ditahan dan dikenakan kompaun kerana kesalahan berkaitan PKP.
Peguam Negara warta Undang-undang Perintah Pencegahan, Kawalan Penyakit Berjangkit
Artikel itu, antara lain, menyebut bahawa AGC telah mewartakan undang-undang itu semasa fasa pertama PKP yang bermula pada 18 Mac hingga 31 Mac, bagaimanapun, ia tidak diwartakan bagi fasa kedua dan ketiga PKP.
Sidang DUN Kelantan hanya berlangsung 45 minit
Dalam persidangan yang cukup ringkas berkenaan, Dewan sempat meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) iaitu RUU Taman Negara pindaan 1938 dan RUU Kerabat Bergelar dan Datuk Bergelar.