Tag: pkpd
Pengumuman Puasa Pada 1 Ramadan 1441H
Penduduk, Ismat Nazlimi Mat Isa (kanan) ditemani isteri, Nur Sheila Yahaya dan anaknya, Annur Hayaah Ismat Nazlimi mengikuti pengumuman tarikh 1 Ramadan yang disampaikan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika tinjauan lensa Malaysia pada hari ke 37 Perintah Kawalan Pergerakan di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 23 APRIL 2020
‘Selamat Berpuasa’ Daripada Frontliner
Petugas KKM menulis 'Selamat Berpuasa' ketika membuat saringan kesihatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 di Flat Sri Murni, Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 23 APRIL 2020
Menara Tinjau Wujud di Pasar Borong KL
Kelihatan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat kawalan dari menara susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 23 APRIL 2020
Anggota Tentera Dirikan Menara Tinjau di Kawasan PKPD
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendirikan menara tinjau kawalan berikutan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dikenakan tindakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan penularan wabak Covid-19 di Taman Sri Murni, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 21 APRIL 2020
NSK Selayang Sesak, Pembeli Terpaksa Beratur Panjang
Kelihatan orang ramai beratur bagi membeli barangan keperluan harian berikutan Pasar Borong Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan penularan wabak Covid-19 di Pasaraya NSK Trade City Selayang, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 21 APRIL 2020
TERKINI : Prabakaran Ditahan dan Dalam Siasatan Lanjut – Ketua Polis...
KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan pihaknya telah menahan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran dan seorang lagi individu semalam kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua...
TERKINI : Prabakaran Fitnah dan Mengelirukan!! Santhara Kumar
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Batu P Prabakaran dianggap sengaja mengelirukan dan memfitnah apabila mendakwa berlaku pertelingkahan di antaranya dengan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.
Datuk...
Tiada notis awal PKPD Pasar Borong KL elak warga asing ‘lari’
Usaha mengesan etnik Rohingya di kawasan itu juga menjadi cabaran besar sekiranya ada yang lari kerana takut tempat tinggal mereka diwartakan sebagai PKPD, kata Santhara.
Polis sahkan penahanan Prabakaran
Mazlan turut memaklumkan polis sedang menyiasat dakwaan Prabakaran yang mendakwa kehadirannya ke kawasan PKPD dengan keizinan daripada MKN dan pihaknya sedang menyiasat mengenainya.
Anggota ‘TENTERA’ Kepung Habis Jalan Keluar Masuk Pasar Borong KL #PKPD
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja pemasangan kawat besi bagi mengawal laluan keluar masuk Taman Sri Murni berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan Covid-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di Selayang, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 APRIL 2020.