Tag: PNB
Kemelut FGV: Pelabur PNB jangan risau, kata pengerusi
Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar menasihatkan para pelabur tidak perlu risau mengenai nasib pelaburan mereka bersama PNB kerana daripada RM266 bilion dana yang diuruskan organisasi itu, pendedahan kepada FGV adalah kurang RM1 bilion sahaja.
Hanya bawa kad pengenalan untuk urus niaga ASNB
Bagi melicinkan proses migrasi dan penambahbaikan sistem, ASNB terpaksa menagguhkan sementera urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) selama sehari iaitu pada 23 Jun ini.
PNB serah zakat perniagaan RM27 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini menyerahkan zakat perniagaan bernilai RM27, 013, 600 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
PNB berjaya tingkatkan maruah Bumiputera
Najib berkata, ia terbukti apabila syarikat-syarikat gergasi dan ternama antarabangsa, yang dahulunya milik 'negara' yang menjajah Malaysia, berjaya 'dibawa pulang' melalui strategi yang tepat dan kebijaksanaan mereka yang menerajui PNB.
SP Setia ambil alih kesemua saham I&P
SP Setia berkata, harga petunjuk bagi cadangan tersebut dianggarkan di antara RM3.5 bilion sehingga RM3.75 bilion.
Katanya, pengambilan alih tersebut akan dibiayai oleh ekuiti, dana dalaman serta pinjaman.
Selain itu, SP Setia melalui anak syarikat milik penuhnya, KL East Sdn. Bhd. turut menandatangani perjanjian untuk memiliki sebidang tanah berkeluasan 342.5 ekar di Bangi, Selangor daripada Seriemas Development Sdn. Bhd. (SSDB) pada harga RM447.58 juta.
Tidak pernah bincang beli Bank Rakyat
Permodalan Nasional Berhad (PNB) tidak pernah membincangkan cadangan pembelian Bank Rakyat.
PNB rancang senarai Prolintas di bursa tahun depan
Permodalan Nasional Berhad (PNB) merancang untuk menyenaraikan syarikat lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) di Bursa Malaysia pada tahun depan.
PNB umum agihan pendapatan ASM, ASB2, ASG
Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) dan 6.50 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2).
Pengagihan pendapatan bagi tiga dana di bawah Amanah Saham Gemilang (ASG) iaitu ASG-Pendidikan, ASG-Kesihatan dan ASG-Persaraan, masing-masing adalah 4.50, 4.25 dan 5.15 sen seunit.
PNB, ASNB umum lembaga pengarah baru
PNB turut mengumumkan pelantikan Profesor Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, Datuk Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani dan Datuk Dr. Nik Ramlah Mahmood sebagai Ahli Lembaga Pengarah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang baharu.
Agihan pendapatan ASB kompetitif – Abdul Wahid
"Saya, Datuk Abdul Rahman Ahmad (Presiden PNB), barisan pengurusan dan seluruh warga PNB berjanji untuk membuat yang terbaik untuk PNB, para pelabur dan negara. Insya-Allah," katanya.