Tag: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan
Dr Adham Baba Suntik Penerima Vaksin Terakhir PPV Bukit Jalil
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba memberi suntikan kepada penerima terakhir Nik Ahmad Syauqi Mohd Razuhan pada Majlis Penutupan Pusat Pemberian Vaksin Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 01 OKTOBER 2021.
Suasana Lengang PPV Selepas Vaksinasi Populasi Dewasa Capai 80 Peratus
Orang awam diberi suntikan vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 23 SEPTEMBER 2021.
Suasana dan Gelagat Pelajar Sekolah Disuntik Vaksin #PICKRemaja
nbPetugas kesihatan menunjukkan vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech kepada pelajar sekolah sebelum diberi suntikan sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di SMK Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 20 SEPTEMBER 2021.
Khairy Jamaluddin dan Radzi Jidin Hadir ‘Kick Off’ PICK Remaja
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (tiga kiri) bersama Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin (dua kanan) menyaksikan Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali memberi suntikan kepada seorang pelajar, Haziq Zafri Hiruddin pada ‘Kick Off’ Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di SMK Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 20 SEPTEMBER 2021.
Suasana Masjid Putra Jemaah Lengkap Vaksin Tunai Solat Jumaat
Orang ramai menunaikan solat Jumaat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan penjarakan fizikal selepas kerajaan membenarkan hanya 500 jemaah sahaja dalam tempoh Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Putra, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 17 SEPTEMBER 2021.
Zuraida Kamaruddin Lawat Program Vaksinasi Sektor Agrikomoditi
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin (tiga kiri) bersama timbalannya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (dua kiri) melihat petugas kesihatan menyuntik penerima vaksin pada Program Vaksinasi untuk Sektor Agrikomoditi (VACOMS) di Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Olak Lempit, Banting. Foto HAFIZ SOHAIMI,04 SEPTEMBER 2021.
Picaragi Terakhir di Pusat Pemberian Vaksin SelVAX #Covid19
Picagari terakhir yang akan diberikan kepada penerima suntikan vaksin Covid-19 sempena hari terakhir pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SelVAX ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hotel De Palma, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 SEPTEMBER 2021.
PM Saksikan Penerima Ke Sejuta Vaksin AstraZeneca
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyaksikan penerima vaksin, Zamratulazmi Sarmadi (tengah) yang merupakan individu ke sejuta menerima dos vaksin AstraZeneca bagi Pusat Pemberian Vaksin WTCKL di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 29 OGOS 2021.
Suasana Hari Pertama ‘Walk-In’ di PPV Galaxy Mall
Orang ramai hadir bagi menerima suntikan vaksin secara datang terus yang bermula hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Galaxy Mall, Ampang. Foto SYAFIQ AMBAK, 26 OGOS 2021.
Vaksinasi Secara ‘Walk-In’ di PPV KLCC
Orang ramai yang berusia 18 tahun ke atas menerima suntikan vaksinasi secara "walk-in" ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AFFAN FAUZI, 08 OGOS 2021.