Tag: PRU14
Mukhriz angkat sumpah MB Kedah hari ini?
Surat jemputan ke majlis tersebut dikeluarkan oleh kerajaan negeri yang memaklumkan ia akan diadakan pada jam 3 petang.
Pas tidak kesal tinggalkan Pakatan Harapan
"Kita pernah meninggalkan kerajaan, pernah dipecat daripada kerajaan, pernah kalah, pernah menang, rebah bangun dalam politik itu biasa sebab dalam politik ini sentiasa berubah. Kawan jadi musuh, musuh jadi kawan. Sebab itu kita tidak boleh berkawan sehingga melampaui batas dan tidak boleh bermusuh sehingga melampaui batas," katanya.
Media Taiwan, Hong Kong, China prihatin hubungan KL-Beijing
Keputusan Pilihan Raya di Malaysia turut mencuri tumpuan media massa dari China, Taiwan dan Hong Kong yang khusyuk membincangkan implikasi kemenangan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap hubungan Kuala Lumpur-Beijing.
Istana Negara terima keputusan rasmi PRU14
Pada kira-kira 1.38 tengah hari, Nik Mohd menerima warkah pemakluman yang ditandatangani oleh ketua pemimpin Pakatan Harapan yang bersepakat menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri yang ketujuh.
Serah kepada istana pilih MB – Adnan Yaakob
Pengerusinya, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, jawatan tersebut akan diputuskan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Sultan Selangor perkenan Azmin sebagai Menteri Besar
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata istiadat pelantikan dan angkat sumpah menteri besar Selangor akan diadakan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, pukul 3 petang esok.
Sidang Media Khas Barisan Nasional Selepas Keputusan #PRU14
Pengerusi Barisan Nasioanl, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berbincang sesuatu sebelum menghadiri sidang media khas selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di umumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 10 MEI 2018
Singapura tidak sabar kerjasama dengan Tun M
Singapura tidak sabar untuk membangunkan “hubungan konstruktif” dan bekerjasama dengan kepimpinan baharu Malaysia bagi memastikan hubungan bilateral di antara kedua negara bermanfaat kepada rakyat Singapura dan Malaysia.
Pakatan janji siasat 1MDB sehingga ke muka pengadilan
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir janji untuk menyiasat 1MDB sehingga selesai kepada rakyat akan ditunaikan.
Ada kemungkinan DUN Kedah tergantung – Mukhriz
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah itu tidak menolak situasi tersebut walaupun mereka memenangi 18 kerusi DUN kerana Pas yang memiliki 15 kerusi mungkin bergabung dengan Barisan Nasional (BN) yang memenangi hanya tiga kerusi.