Tag: PRU14
Guan Eng jangan jadi Mr Arrogant – Nasruddin
Sikap takbur DAP yang merendah-rendahkan martabat Pas selama ini mungkin memakan diri pada Pilihan Raya Umum ke-14. - Nasruddin Hassan.
Perak negeri paling sengit
Perak kekal sebagai negeri yang dijangka mengalami pertarungan sengit dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), menurut seorang penganalisis Oriental Daily, Pan Jun Sheng.
Pilihan raya sudah “mendingin”
Ahli politik sebaliknya meramalkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) besar kemungkinan mengambil tempat pada Mac atau April 2018.
PRU14: MCA sedia tukar kerusi dengan komponen BN – Liow
MCA sedia berbincang dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk bertukar kerusi bagi meningkatkan peluang kemenangan calon masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Anwar melihat Pas bukan musuh – Pas
Sehari selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan mengenai kerjasama dengan Pas, portal rasmi parti itu Harakah Daily hari ini dilaporkan berkata Anwar dilihat tidak melihat Pas adalah musuh.
Menurut penulis Pena Selatan, Anwar meratapi 'kehilangan Pas' dan PKR kehilangan 'pendekar tempur' yang mengambarkan bekas ketua pembangkang itu resah dengan perkembangan terbaharu itu.
Duit minyak kepada pengundi adalah rasuah-SPRM
Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, dari segi undang-undang, pemberian sedemikain kepada pengundi sama ada dalam bentuk wang tunai atau hadiah adalah rasuah.
Azmin akur keputusan PH walaupun berat hati
Yang penting keputusan ini kita terima dan kita laksanakan. Fokus kita sekarang adalah untuk membina jentera di PRU-14 selaras keputusan Majlis Presiden PH, katanya.
PRU-14: Kit Siang impi Melaka milik PH
Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini dengan jelas berkata Pakatan Harapan (PH) mampu untuk membentuk kerajaan baharu di Melaka disebabkan peralihan pengundi di negeri itu kepada gabungan pembangkang.
Apa jaminan PAN tidak bertanding di kerusi Pas? – Tuan Ibrahim
Pas mengambil pendirian bahawa parti itu bebas untuk bertanding di mana-mana kerusi sekiranya PAN turut memasuki gelanggang mereka pada PRU-14 kelak. Pas berkali-kali menegaskan bahawa parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bersedia untuk mengadakan rundingan pembahagian kerusi PRU-14 namun tidak dengan PAN dan DAP.
Najib mahu jentera UMNO, BN diperkemas dalam fasa akhir PRU14
"Saya masih anggap ada ruang untuk terus tingkatkan kesiapsiagaan, tingkatkan komitmen, termasuk dalam aspek penugasan masing-masing. - Datuk Seri Najib Razak.