Tag: pukul
Tawar Wang: Rela dan NGO gesa polis, SPRM siasat ‘Datuk Seri’
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' yang didakwa menawarkan wang selepas memukul tiga anggota RELA, Jumaat lepas.
Bapa cedera parah dipukul anak meninggal dunia
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata mangsa, Mohd Tarmizi Abdul Hamid, 67, meninggal dunia kira-kira 1 pagi tadi ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, di sini.
Anggota Rela dakwa ditawar RM10,000 tarik laporan polis ke atas ‘Datuk...
Perkara itu didedahkan oleh Rela sendiri yang sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perkara tersebut.
‘Datuk Seri’ direman empat hari berhubung kes pukul anggota Rela
Perintah reman sehingga 3 Nov itu dikeluarkan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali di Mahkamah Majistret Ampang di sini selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 29 tahun itu.
Anggota Rela dakwa disogok ‘Datuk Seri’ digesa lapor SPRM – Zahid
Timbalan perdana menteri berkata ini bagi membolehkan SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan bahawa ketiga-tiga mereka ditawarkan RM10,000 setiap seorang bagi menutup kes berkenaan
Datuk Seri pukul anggota Rela ditahan setelah serah diri
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmad berkata suspek bergelar Datuk Seri berusia 29 tahun itu ditahan selepas beliau hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.
Kes empat anggota TLDM cederakan rakan disebut semula 12 Dis
Majistret Nur Shaqira Ibrahim menetapkan tarikh tersebut sementara menunggu laporan perubatan mangsa dan beberapa dokumen lain.
Tindakan ‘Datuk Seri’ serang anggota Rela memalukan – Lee Lam Thye
Naib Pengerusi Kanan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, walau apa pun alasan, ia tidak boleh dijadikan sebab untuk seseorang bertindak ganas terhadap orang lain terutamanya anggota keselamatan yang sedang bertugas.
Remaja pukul ibu negatif dadah
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komissioner Hamzah Alias berkata ujian air kencing telah dilakukan terhadap remaja berkenaan ketika dia hadir bersama ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk memberi keterangan.
Bau pelik mee segera sebabkan kematian
Seorang lelaki terbunuh dan tiga orang cedera selepas terlibat dalam pergaduhan dengan jiran yang berpunca daripada bau mee segera.