Tag: Pulau Pinang
Enggan pindah takut rumah dimasuki pencuri
Kalau saya pindah ke pusat pemindahan banjir, kami risau dengan kelengkapan rumah dicuri. Mereka akan ambil kesempatan bila rumah tiada penghuni.
Kami perjudian nyawa ahli keluarga sebab mahu pertahankan rumah dari dimasuki pencuri.
Air mulai surut di Seberang Perai
Terbaharu, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan di negeri ini berkurang kepada 5,729 orang setakat jam 8 malam tadi berbanding 7,294 orang tengah hari berikutan air semakin surut.
TNB masih teruskan kerja pemulihan bekalan elektrik
Anggota kerja teknikal kami seramai 160 orang termasuk dari luar Pulau Pinang bertungkus-lumus bekerja tanpa mengira penat lelah untuk menyambung semula bekalan sejak Ahad lalu. - Wan Nazmy Wan Mahmood.
PM umum 13 projek tebatan banjir bernilai RM1b di Pulau Pinang
Setakat ini Kerajaan Pusat sudah luluskan RM150 juta dan sanggup timbang peruntukan tambahan.
Patah kaki seminggu sebelum banjir
Seorang mangsa banjir berusia 43 tahun, Ng Teng Wei berkata beliau berterima kasih kepada pihak Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang kerana membawa beliau ke tempat selamat.
Kata beliau, keadaannya yang patah kaki menyebabkan beliau sukar untuk keluar dari kediamannya.
Mangsa banjir di Pulau Pinang, Kedah menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan di empat daerah di Pulau Pinang menunjukkan penurunan sedikit pagi ini iaitu 6,080 orang melibatkan 1,572 keluarga berbanding malam tadi seramai 6,243 mangsa daripada 1,588 keluarga.
Hujan lebat punca pintu air Empangan Padang Chempedak pecah
Tinjauan MalaysiaGazette di ibu bekalan air Sungai Jarak, Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Utara mendapati pintu empangan mengalami kerosakan yang teruk menyebabkan air dari empangan mengalir laju ke Sungai Jarak.
Ketepikan perbezaan, yang penting adalah rakyat – Zahid
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus ketepikan perbezaan pendapat dan politik antara kedua-dua pihak dan fokus kepada rakyat yang kini menjadi mangsa banjir di negeri ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berkata yang penting sekarang adalah keperluan mendesak kesemua mangsa banjir diutamakan dan kebajikan mereka diambil kira.
AirAsia tawar perkhidmatan untuk bantuan ke Pulau Pinang
AirAsia menawarkan bantuan pengangkutan udara kepada mana-mana pertubuhan bukan keuntungan (NGO) untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir Pulau Pinang.
Jumlah mangsa banjir Pulau Pinang meningkat
Jumlah mangsa banjir di lima daerah di Pulau Pinang hingga awal pagi ini terus meningkat kepada 5,845 berbanding 3,779 mangsa malam tadi yang ditempatkan di 62 pusat pemindahan.