Tag: Pusat Pemberian Vaksin
PPV Integrasi WTCKL Lengang #DosPenggalak
Suasana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dilihat kurang mendapat sambutan meskipun kerajaan telah membenarkan pemberian vaksinasi dos penggalak secara ‘walk-in”. Tinjauan lensa Malaysia Gazette mendapati, hanya beberapa individu sahaja yang kelihatan pada satu-satu masa bagi menerima suntikan dos tersebut dan keadaan di PPV Integrasi juga lengang tidak seperti sebelum ini di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 15 FEBRUARI 2022.
PPV Integrasi Axiata Arena terima sambutan memberangsangkan pada hari pertama operasi
Untuk pemberian dos penggalak, PPV ini dijadualkan beroperasi selama dua bulan bermula hari ini sehingga 15 Mac depan.
PPV Integrasi Axiata Arena Siap Sedia Beroperasi #DosPenggalakCovid19
Petugas melakukan kerja-kerja persiapan sempena pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Lembah Klang bagi dos penggalak Covid-19 yang akan mula beroperasi pada esok hari ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 14 JANUARI 2022.
Beratur Terima Dos Penggalak
Orang ramai beratur panjang menunggu giliran bagi mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di PPV Vision College, Kelana Jaya, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JANUARI 2022.
Negara Hampiri 90% Populasi Dewasa Lengkap Divaksinasi
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja terhadap kumpulan yang berusia 12 hingga 17 tahun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 05 OKTOBER 2021.
PPV WTCKL Labuh Tirai Selepas 150 Hari Beroperasi
Kerja-kerja pembersihan giat dijalankan berikutan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang ditutup hari ini selepas berjaya merekodkan lebih 1.2 juta dos vaksin diberikan sepanjang 150 hari beroperasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 OKTOBER 2021.
Menteri Kesihatan Saksi Suntikan Picagari Terakhir di PPV WTCKL
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kiri), menyaksikan Pengurus PPV WTC, Dr Husni Zaeem Abd Hadi (kanan) memberikan suntikan vaksin yang ke 1,285,193 dan yang terakhir kepada Mohd Haidhar, 20 (tengah) pada Majlis Penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 03 OKTOBER 2021.
Dr Adham Baba Suntik Penerima Vaksin Terakhir PPV Bukit Jalil
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba memberi suntikan kepada penerima terakhir Nik Ahmad Syauqi Mohd Razuhan pada Majlis Penutupan Pusat Pemberian Vaksin Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 01 OKTOBER 2021.
Zuraida Kamaruddin Lawat Program Vaksinasi Sektor Agrikomoditi
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin (tiga kiri) bersama timbalannya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (dua kiri) melihat petugas kesihatan menyuntik penerima vaksin pada Program Vaksinasi untuk Sektor Agrikomoditi (VACOMS) di Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Olak Lempit, Banting. Foto HAFIZ SOHAIMI,04 SEPTEMBER 2021.
Picaragi Terakhir di Pusat Pemberian Vaksin SelVAX #Covid19
Picagari terakhir yang akan diberikan kepada penerima suntikan vaksin Covid-19 sempena hari terakhir pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SelVAX ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hotel De Palma, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 SEPTEMBER 2021.