Tag: Ranhill SAJ
Pasca Covid-19: Ranhill SAJ terus melindungi rakyat, komuniti, bisnes
Pada masa kerajaan masih mengehadkan pergerakan orang ramai bagi tujuan membendung dan akhirnya menghentikan penularan Covid-19, Ranhill SAJ, seperti juga syarikat pembekal air lain, telah menyaksikan peralihan dalam permintaan air. Penggunaan di kediaman dan permintaan terhadap infrastruktur air telah meningkat apabila para keluarga menetap di rumah untuk jangka masa yang lebih lama daripada biasa.
Ranhill SAJ tambah kandungan klorin
Kesihatan dan keselamatan orang awam khususnya dalam masa mencabar ini kekal sebagai keutamaan kami. Kami mengikut cadangan yang dibuat oleh WHO dengan menggandakan nilai kawalan minima baki klorin yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam rawatan air kami.
Ranhill SAJ beri 50% diskaun kepada B40
Sementara itu, bagi memastikan tiada pelanggan yang terputus bekalan air dalam tempoh wabak ini, Ranhill SAJ juga menangguhkan penguatkuasaan pemotongan air bagi bil tertunggak yang berkuat kuasa hari ini hingga 30 April 2020.