Tag: RMK11
Program perkasa kumpulan minoriti dilaksanakan
Antara inisiatif yang akan dilaksana termasuk penawaran lebih banyak program dan peluang pendidikan, latihan kemahiran dan keusahawanan.
Akreditasi, landskap TVET lemah punca gaji rendah
Landskap TVET adalah tidak terselaras disebabkan program TVET ditawarkan oleh pelbagai institusi seperti agensi di bawah beberapa kementerian, pusat pembangunan kemahiran negeri dan institusi swasta.
Majlis Perumahan Mampu Milik Negara akan ditubuhkan
Kerajaan bakal menubuhkan Majlis Perumahan Mampu Milik Negara bagi menyelaraskan pengurusan mampu milik awam.
Jawatan PM untuk dua penggal sahaja
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah segera itu untuk mereformasi sistem politik di negara ini.
Akta SPRM 2009 dikaji semula
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, undang-undang pencegahan rasuah juga akan diperkukuh dengan mengkaji semula Akta Perlindungan Saksi 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
RMK11: Kerajaan semak naik defisit kepada 3 peratus pada 2020
Kerajaan melakukan semakan menaik sasaran defisit fiskal kepada tiga peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2020 berbanding sasaran awal 0.6 peratus yang diunjurkan semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) kira-kira tiga tahun lalu.
Harga barangan, perkhidmatan jejas kuasa beli isi rumah
Kajian Separuh Penggal RMK-11 berkata, kebanyakan isi rumah B40 terjejas disebabkan oleh harga makanan dan minuman bukan alkohol yang mencatatkan kenaikan tertinggi pada kadar 3.7% setahun dalam tempoh kajian semula.
KDNK Negara disasar 4.5 hingga 5.5% akhir tempoh RMK-11
Berdasarkan sasaran pertumbuhan ekonomi tersebut, pendapatan per kapita dijangka mencecah RM47,720 atau AS$11,700 pada tahun 2020, iaitu di bawah anggaran paras pendapatan minimum negara berpendapatan tinggi. Malaysia dijangka melepasi
paras ini menjelang tahun 2024.
Penggunaan MRT masih rendah, pembinaan lebuh raya rancak
Sementara itu, pembangunan lebuh raya adalah tertumpu di kawasan luar Lembah Klang seperti Lebuhraya Central Spine Road dari Bentong, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan dan akan bersambung dengan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai untuk meningkatkan ketersambungan di antara koridor dan bandar utama.
Inflasi kekal rendah
Dalam hal ini, kadar inflasi dijangka kekal rendah, dengan purata antara 2% hingga 3% setahun, walaupun harga minyak dan komoditi dijangka meningkat secara sederhana, menurut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11.