Friday, February 7, 2025
Home Tag Rohingya

Tag: Rohingya

TPM mahu ketuai konvoi motosikal bantu Rohingya

"Insya Allah saya bersama saudara semua akan ke Myanmar untuk ambil peduli orang Rohingya yang dianiayai," kata beliau.

PBB perlu bantuan segera untuk Rohingya

BANGLADESH - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memerlukan bantuan segera berjumlah AS$77 juta bagi membantu penduduk Islam Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh sejak keganasan meletus dua minggu lalu. Kira-kira 290,000 Rohingya dikatakan telah melarikan diri dari negeri Rakhine dan mencari perlindungan di Bangladesh sejak 25 Ogos. Terdapat keperluan terdesak untuk makanan, air dan perkhidmatan kesihatan untuk pelarian yang baru tiba di Bazaar Cox, tambah PBB. Pelarian yang melarikan diri mendakwa kediaman di kampung-kampung mereka telah dibakar oleh tentera Myanmar. Keganasan bermula pada 25 Ogos lalu apabila pemberontak Rohingya menyerang polis di negeri utara Rakhine Myanmar. Penduduk Rohingya - minoritinya tanpa kerakyatan dan beragama Islam. Bagaimanapun, Myanmar menolak dakwaan keganasan yang didakwa penduduk Rohingya tetapi menyatakan tenteranya memerangi 'pengganas' Rohingya Agensi bantuan di Bazaar Cox Bangladesh memaklumkan jumlah yang melarikan diri berjumlah beribu-ribu orang. Mereka berada di tepi-tepi jalan menunggu trak-trak makanan. Penyelaras Penduduk PBB di Bangladesh, Robert Watkins berkata, jumlah pelarian yang memasuki sempadan Bangladesh tidak henti-henti. "Mereka ini perlu diberi bantuan kerana kebanyakan mereka datang tanpa membawa apa-apa," katanya sambil memberitahu agensi itu perlu membina 60,000 tempat perlindungan, selain makanan, air bersih dan perkhidmatan kesihatan. - MalaysiaGazette

Malaysia tidak biar Bangladesh tangani sendiri pelarian Rohingya – PM

Usaha itu akan dilakukan bersama menerusi bantuan kemanusiaan yang terdaya diberikan oleh Malaysia kepada mereka

“Ada duit boleh lari, tak ada tunggu mati – pelarian Rohingya

"Ada duit boleh lari, tiada duit tunggu mati saja,” demikian kata Saidatul Rahman Norlok, 26, seorang pelarian Rohingya mengenai penderitan penduduk kampungnya di Arakan, Myanmar.

DAP punca Malaysia berbelah bagi sokong Rohingya – Jamal

Meskipun kami berbeza fahaman politik, tapi kami boleh duduk semeja sebenarnya. Perbincangan kami pasal nak bersolidariti untuk isu rohingya ini. Mereka mahu datang (demonstrasi) tapi mereka maklumkan mereka dihalang oleh DAP. - Datuk Seri Jamal Md. Yunos

APMM tingkat rondaan hadapi pelarian Rohingya

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) meningkatkan rondaan di beberapa kawasan perairan negara bagi menghadapi kemungkinan kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini.

PM akan bangkit isu Rohingya pada pertemuan dengan Trump

Pendirian BN jelas dalam hal ini dan akan terus mengemukakan pendirian daripada rakyat selain mengambil kira tindakan ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). - Datuk Seri Najib Tun Razak.

270,000 Rohingya larikan diri dari Myanmar – UNHCR

Dianggarkan kira-kira 270,000 pelarian Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar dalam tempoh dua minggu lalu.

Malaysia akan laksana Misi Kemanusiaan Untuk Rohingya – Pejabat PM

Malaysia akan melaksanakan 'Misi Kemanusiaan untuk Rohingya', misi bantuan bersepadu bagi membekalkan keperluan serta bantuan segera kepada pelarian yang berlindung di sempadan Bangladesh-Myanmar.

DAP halang pembangkang demo bantah pembunuhan Rohingya – Jamal

Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika dihubungi Malaysia Gazette bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.