Friday, November 15, 2024
Home Tag Sandakan

Tag: Sandakan

Baik mandi minyak sawit

Daripada mengajak orang ramai meminum minyak sawit untuk melonjakkan permintaan dan harga komoditi itu, lebih baik menteri menggalakkan orang mandi minyak sawit, kata Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Melanie Chua yang mempertikaikan kempen sawit itu.

Jangan pertikai peruntukan Sandakan, Sarawak pun dapat besar

Ini kerana, negeri Sarawak mendapat peruntukkan sebanyak RM4.3 bilion pada tahun ini, lebih banyak berbanding Bajet 2018 di bawah Barisan Nasional.

Suasana Penamaan Calon PRK P.186 Sandakan

Calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil P. 186 Sandakan calon PBS, Datuk Linda Tsen Thau Lin, (kanan) , Calon Bebas, Chia Siew Yung, (dua kanan), Calon DAP, Vivian Wong Shir Yee, (tengah), Calon Bebas, Sulaian Abdul Samat (dua kiri) dan Hamza A. Abdullah Hamzah (kiri) pada hari penamaan calon di Dewan Aktiviti SMJK Tiong, Sabah. foto MALAYSIA GAZETTE, 27 APRIL 2019

PKR optimis kajian Merdeka Center tidak pengaruhi PRK Sandakan

Saya fikir tidak (mempengaruhi undi), ia juga tidak mengubah apa-apa dari segi penyusunan strategi kita sebab (keputusan ujian) Merdeka Center yang diumumkan semalam, selepas setahun Pilihan Raya Umum ke-14. - Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

SPRM lancar bilik gerakan aduan rasuah bagi PRK Sandakan

Bilik gerakan PRK P186 Parlimen Sandakan yang beroperasi 24 jam itu bertempat di pejabat SPRM Cawangan Sandakan, Tingkat 7, Wisma Persekutuan Sandakan, KM 11, Jalan Labuk, Peti Surat 6000, 90715 Sandakan, Sabah.

DAP berhadapan saingan empat calon untuk pertahan Parlimen Sandakan

DAP mempertaruhkan Vivian Wong Shir Yee, 30, yang dicabar oleh Datuk Linda Tsen Thau Lin (PBS) serta tiga calon bebas iaitu Chia Siew Yung, Sulaiman Samat dan Hamzah Abdullah.

PRK Sandakan: Linda Tsen calon PBS

Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili yang membuat pengumuman itu berkata, bekas anggota Parlimen Batu Sapi berusia 63 tahun itu mempunyai rekod prestasi yang baik.

PRK Sandakan: Peringatan SPR kepada calon, parti bertanding

Azhar Azizan Harun turut menasihatkan calon ataupun parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan agar tidak menyalahgunakan aset kerajaan ataupun menyalahgunakan kuasa kerajaan untuk meraih undi.

Gerakan tidak bertanding di PRK Sandakan

Keputusan itu dibuat selepas Naib Presiden Gerakan, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah yang sepatutnya dijadikan calon untuk mewakili parti itu bertindak keluar parti dua hari lalu.

SPR serah lebih 39,000 kad pengundi di Parlimen Sandakan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan kad pengundi kepada 39,349 orang pengundi di Parlimen Sandakan yang meliputi 270 orang pengundi awal dan 39,079 orang pengundi biasa. Kad tersebut mengandungi maklumat pengundian iaitu pusat mengundi, saluran, bilangan, tarikh dan masa mengundi. Maklumat tersebut akan memudahkan pengundi untuk keluar mengundi pada hari mengundi awal pada 7 Mei 2019 dan hari mengundi biasa pada 11 Mei 2019. 3. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pengundi yang telah menerima kad tidak lagi perlu membuat semakan di Barung SPR untuk menyemak saluran dan nombor bilangan pengundi dalam daftar pemilih kerana kedua-dua maklumat berkaitan telah dinyatakan dalam kad tersebut. SPR telah mengedarkan kad tersebut mulai 19 April 2019 kepada semua pengundi bagi PRK Parlimen P.186 Sandakan, Sabah. Namun, pengundi masih perlu membawa kad pengenalan bagi pengesahan identiti untuk mengundi dan diingatkan supaya membawa kad pengundi atau catatan maklumat daftar pemilih pada hari mengundi bagi memudahkan semakan. Bagi mana-mana pengundi yang tidak menerima kad berkenaan boleh membuat semakan maklumat pengundian iaitu pusat mengundi, saluran dan nombor bilangan. Semakan boleh dibuat melalui portal SPR www.spr.gov.my atau Aplikasi MySPR Semak atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) (SPR SEMAK NOMBOR KAD PENGENALAN hantar ke nombor 15888 atau menghubungi talian hotline SPR di 03-8892 7018.