Thursday, November 28, 2024
Home Tag Sanitasi

Tag: sanitasi

Operasi Sanitasi Awam di Zon Merah Covid-19

Kakitangan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan operasi sanitasi awam bagi mengekang penularan COVID-19 pada Perintah Kawalan Pergerakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 24 JANUARI 2021.

Pasar Borong KL Dinasitasi Cegah Penularan Covid-19

Petugas Jabatan Kesihatan Alam Sekitar (DBKL) melakukan operasi sanitasi di dalam pasar susulan peningkatan kes Covid-19 pada Perintah Kawalan Pergerakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Borong Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 21 JANUARI 2021.

Kakitangan positif Covid-19, Wisma MCA ditutup

Pengurusan tertinggi Wisma MCA telah melaksanakan kerja-kerja nyakuman atau sanitasi di seluruh bangunan wisma itu.

Krismas – Gereja Disanitasi Cegah Penularan Wabak Covid-19

Penjaga gereja, Suresh Swamidason melakukan semburan sanitasi bagi mencegah penularan wabak Covid-19 semasa melakukan persiapan akhir menyambut perayaan Hari Natal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Gereja Tamil Methodist, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 DISEMBER 2020.

Daily Life – Sanitasi #Covid19

Seorang petugas melakukan kerja-kerja sanitasi di hadapan papan iklan sebuah pusat membeli belah yang memaparkan diskaun barangan sehingga 80% susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penularan wabak Covid-19 di sekitar Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 NOVEMBER 2020.

Deepavali – Kuil Disanitasi Langkah Pencegahan Penularan Covid-19

Seorang pekerja, Ragu Sendhilvel, 36, melakukan kerja-kerja penyemburan cecair nyah kuman di dalam kuil menjelang sambutan hari perayaan Deepavali esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuil Sri Ganesar, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 13 NOVEMBER 2020

Pejabat LHDNM di Menara Hasil Bangi ditutup

Berikutan itu, talian telefon untuk pertanyaan percukaian iaitu 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), serta Bantuan Sara Hidup (BSH) iaitu 1-800-88-2747 akan tergendala seketika.

Sukarelawan Sanitasi Rumah Pangsa Kayu Ara

Sukarelawan ADUN Bandar Utama melakukan operasi sanitasi bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Rumah Pangsa Kayu Ara, Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 18 OKTOBER 2020.

‘Drop and Wash’ Teksi di Sanitasi dan Terima Bantuan

Petugas basmi kuman melakukan semburan di dalam ruang teksi ketika Drop and Wash bersama Yayasan Hasanah dan Big Blue CSR serta penyerahan bantuan makanan kepada 100 pemandu teksi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Flat PKNS, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. foto ISKANDAR HAMIDI, 15 OKTOBER 2020.

Operasi LHDNM Kompleks Jalan Tuanku Abdul Halim tutup hingga 16 Oktober

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memberitahu semua pejabatnya di Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur ditutup hari ini sehingga 16 Oktober 2020 bagi kerja-kerja sanitasi.