Sunday, January 19, 2025
Home Tag SC

Tag: SC

Aktiviti Lavida Coin perlu dihentikan – SC

SC juga turut menyenaraikan penganjur LVC iaitu DSV CryptoClub, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy yang didapati mempromosi mata wang itu dalam Senarai Berwaspada Kepada Pelabur (Investor Alert) SC di www.sc.com.my.

Saya sedia jumpa SC, BNM – Vida

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) tetap mempertahankan perniagaan baharunya iaitu Lavida Coin (LVC) bukan skim cepat kaya seperti yang didakwa banyak pihak.

SC siasat Lavida Coin

Badan pengawal selia itu berkata, pihaknya telah menerima pertanyaan mengenai penerbitan kertas putih bagi penawaran Lavida Coin kepada orang ramai.

SC pelawa pengendali platform ECF, P2P

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mempelawa pihak-pihak yang berminat untuk mengendalikan platform Dana Masyarakat Berasaskan Ekuiti atau equity crowdfunding (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara atau peer-to-peer financing (P2P) agar mengemukakan permohonan bagi pendaftaran dengan SC.

MoF, SC, Jabatan Audit dipanggil Jawatankuasa 1MDB

Pengerusi Jawatankuasa 1MDB, Tan Sri Abdul Talib Othman berkata, ia adalah bagi bertukar-tukar maklumat kerana fungsi jawatankuasa tersebut adalah untuk mengkordinasi maklumat dan mengelakkan pertindihan di dalam siasatan.

SC denda Tang Boon Hiap

Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan celaan dan mendenda Tang Boon Hiap dari CHI-LLTC sejumlah RM225,000 kerana gagal mematuhi Piawaian Pengauditan Antarabangsa ketika mengaudit sebuah syarikat awam tersenarai.

Zainal Izlan timbalan ketua pegawai eksekutif SC baharu

Zainal Izlan menggantikan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin yang telah menamatkan kontrak beliau di SC pada 31 Mac lalu susulan pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

Kontrak Ahmad Fairuz bersama SC berakhir

Ahmad Fairuz menyertai SC pada 2012 sebagai Pengarah Eksekutif Penguatkuasaan dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Eksekutif pada 2016.

BNM, SC tubuh BRIDGe

BRIDGe bertujuan untuk mempercepat proses pendigitan industri pembrokeran dalam meningkatkan kecekapan operasi dan standard perkhidmatan. Kumpulan tersebut terdiri daripada SC, BNM dan peserta industri termasuk para broker dan institusi perbankan.

Remisier tipu sekuriti dipenjara, denda RM2j

Ismail dikenakan pertuduhan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 16 Januari 2018 dengan pertuduhan penipuan sekuriti di bawah seksyen 87A(b) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan seksyen 179(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.