Tag: SC
PNB masih belum jawab isu kelayakan akademik Jalil
Dalam kenyataannya, SC berkata, sebagai pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL), PNB dikehendaki memastikan semua maklumat pelantikan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan yang dikemukakan kepada SC adalah benar dan tepat, setelah ia menjalankan pertanyaan ketekunan sewajarnya.
Perdaya skim pelaburan, Afkariah dihukum penjara, denda RM4 juta
Skim pelaburan itu tidak pernah wujud dan wang yang dibayar oleh pelabur tersebut sebenarnya dimasukkan ke dalam akaun dagangan saham Afkariah di RHBIBB dan digunakan untuk transaksi saham peribadinya.
SC keluar panduan kesihatan, keselamatan
Panduan ini bertujuan untuk membimbing CMP dalam membangunkan dan memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) dalaman yang jelas mengenai langkah-langkah kesihatan dan keselamatan, di samping SOP yang dikeluarkan oleh
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pelbagai kementerian untuk meminimumkan risiko Covid-19 di tempat kerja mereka, yang berkaitan dengan urusan mereka dengan pekerja, ejen dan pihak luar.
SC permudah agihan produk pasaran modal
Pindaan ini akan membolehkan pengendali aplikasi e-dompet atau e-pembayaran untuk bekerjasama dengan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk mengedarkan produk pasaran modal kepada pelabur.
SC keluar garis panduan pengiklanan, pasaran modal
Garis Panduan baharu ini memberi lebih kelonggaran kepada para pengiklan dalam menggunakan platform pengiklanan yang lebih meluas, termasuk media sosial, aplikasi pesanan dan perayauan video untuk mempromosi produk dan perkhidmatan mereka, kata SC.
SC, Bursa gantung penjualan singkat hingga 30 Jun
Tindakan menggantung sementara jualan singkat diperkenalkan oleh SC dan Bursa Malaysia sebagai sebahagian siri langkah proaktif untuk mengurangkan potensi risiko yang timbul dengan meningkatnya ketidaktentuan dan ketidakpastian di peringkat global berikutan pandemik tersebut.
SC beri kelonggaran terbit nota boleh tukar
Kelonggaran ini akan membolehkan perniagaan menyerahkan penerbitan nota boleh tukar mereka terus kepada SC tanpa melalui khidmat penasihat utama.
SC cari Wong Shee Kai
Pada 3 April 2020, SC juga telah meminta bantuan Interpol untuk mencari Wong setelah waran tangkap dikeluarkan terhadap lelaki itu oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 27 Disember 2019 kerana gagal hadir di hadapan Pegawai Penyiasat SC sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 32(3)(a) AMLATFPUAA.
SC keluar tatalaku AGM secara maya
SC ingin menegaskan bahawa penerbit tersenarai hendaklah berusaha mengadakan mesyuarat secara maya sepenuhnya dengan seberapa sedikit bilangan kehadiran individu yang mungkin di tempat penyiaran. Mereka yang hadir mestilah mematuhi semua garis panduan penjarakan sosial.
Keperluan kualiti audit tinggi berikutan Covid-19 – SC
Dalam satu pekeliling kepada juruaudit dan jawatankuasa audit, AOB yang mengawal selia juruaudit PIE berkata, mereka memantau rapi impak pandemik tersebut terhadap kualiti laporan kewangan PIE.